10 Shopping Mall Terbesar Di Dunia

Benua Asia mendominasi takhta untuk pusat beli belah terbesar dunia dengan hanya sebuah di Amerika dan Eropah. China dan Filipina mempunyai paling banyak shopping bersaiz besar manakala Malaysia hanya ada sebuah.

South China Mall

Terletak di Dongguan, China, ianya mula dibuka pada tahun 2005 dengan keluasan 7.1 juta kaki persegi. Selain deretan kedai menarik, pengunjung berpeluang bermain di dalam taman tema, melihat kincir angin dan bergambar bersama replica Arc de Triomphe.

SM Mall of Asia

Terletak di Pasay City, Filipina. Mula beroperasi pada tahun 2006 iaitu setahun selepas South China Mall. Berkeluasan 4.2 juta kaki persegi, pengunjung boleh berenang menghilangkan penat selepas bershopping sakan di kolam renang bersaiz olimpik dan menonton wayang IMAX pertama di Filipina. Terdiri daripada empat bangunan utama, pengunjung boleh menggunakan tram untuk menjelajah mall ke tiga terbesar di dunia.

Golden Resources Shopping Mall

Bertempat di Beijing, China, ianya mempunyai keluasan 6 juta kaki persegi. Tiada apa yang menarik kecuali mempunyai lebih 1000 buah kedai untuk dikunjungi.

Cevahir Istanbul

Merupakan pusat beli belah terbesar di Eropah. Memulakan operasi pada tahun 2005 dan memiliki keluasan 3.8 juta kaki persegi. Kat sini juga ada roller coster, kolam berombak dan beberapa panggung wayang IMAX.

West Edmenton Mall.

Terletak di negeri Alberta, Kanada. Dibuka pada tahun 1981 dengan keluasan 3.8 juta kaki persegi, ianya pusat beli belah terbesar di Amerika Utara. Mempunyai 800 kedai, taman tema air dan tidak dilupakan turut menempatkan kasino.

SM Mall

Juga terletak di Filipina. Mula membuka pintu kepada orang ramai pada tahun 1991 di Mandaluyong City. Berkeluasan 3.6 juta kaki persegi, pusat membeli belah ini menjanjikan kepuasan kepada pengunjungnya dengan menyediakan arena boiling, 12 panggung wayang dan luncur ais.

Berjaya Times Square

Terletak di Bukit Bintang, ianya tak perlu diperkenalkan. Dibuka pada tahun 2005 dengan berkeluasan 3.4 juta kaki persegi, Berjaya Times Square mempunyai 1000 kedai, taman tema dengan roller coaster setinggi 12 tingkat selain hotel, pusat convention, ruang office dan sebuah institusi pengajian tinggi.

Beijing Mall

Dibuka di Beijing pada tahun 2005, Beijing Mall mempunyai keluasan 3.4 juta kaki persegi. Setinggi 4 tingkat bersama ruang parking untuk 8000 buah kereta. Apa yang menarik disini adalah pantai buatan manusia dan kedai menjual barangan jenama antarabangsa.

Zhengjia Plaza

Terletak di Guangzhou, China, pusat membeli belah ini dibuka pada tahun 2005 dan berkeluasan 3 juta kaki persegi. Dikunjungi setengah juta pengunjung setiap hari dan turut menempatkan pejabat dan hotel.

SM City North Edsa

Terletak di Quezon City, Filipina, ianya dibuka pada tahun 1985 dan berkeluasan sama seperti Zhengjia Plaza. Setinggi 5 tingkat dan mempunyai ratusan kedai dan restoran. Turut terdapat 12 panggung wayang, pusat bowling dan luncur ais.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu