Selasa, 3 Mei 2011

BAGAIMANA MEMBELI DI eSTORE

Langkah 1 - Daftar untuk menjadi pelanggan

  • Anda perlu membuat pembelian di e-Store iaitu Kedai Online Stormreaders Network iaitu www.stormreaders.net/bukuraihan
  • Anda perlu klik pada menu 'Daftar Masuk' dan klik 'Sertai Sekarang'.
  • Masukan maklumat anda dengan lengkap dan klik 'Hantar'.

***Nota:

  • Anda perlu mendaftar terlebih dahulu jika ingin membeli di e-Store.
  • Sila pastikan e-mel yang anda berikan adalah betul dan masih berfungsi.
  • Jika anda sudah mendaftar, anda hanya perlu masukan username dan password pada menu 'Daftar masuk'. Dan anda tidak perlu mendaftar lagi.
  • Jika anda masih belum dapat e-mel pengaktifan akaun, sila semak pada ruang'Spam' pada e-mel anda. Kepada pengguna Yahoo!Mail, anda akan mengalami kelewatan untuk e-mel masuk.

Langkah 2 - Buat pilihan produk

  • Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh pergi ke carian produk =>SEARCH
  • Sila klik 'Beli' pada produk yang anda ingin membeli.(Ia terletak di sebelah harga setiap buku).
  • Selepas anda klik beli, akan keluar paparan Senarai Belian.
  • Anda boleh klik pada ikon pembetulan untuk mengubah kuantiti produk dan selepas itu klik pada ikon 'Right'. Anda juga boleh klik pada ikon 'tong sampah' jika anda mahu mengeluarkan produk tersebut daripada senarai belian.
  • Jika semua produk telah dipilih, anda boleh klik pada ruang 'Beli'.

Langkah 3 - Pilih cara penghantaran

  • Jika anda mahu ambil resit produk di Ibu Pejabat Stormreaders, anda boleh klik pada ruang 'Ambil Sendiri'.
  • Jika anda mahu resit produk dihantar ke alamat seperti yang ada pada profil anda, anda boleh klik pada 'Alamat Terkini'. Alamat anda akan dipaparkan.
  • Jika anda mahu resit produk dihantar ke alamat lain, anda boleh klik pada ruang 'Alamat Surat Menyurat'. Dan anda perlu masukan alamat penghantaran.
  • Jika pilihan telah dibuat, anda boleh klik pada ruang 'Teruskan untuk semak keluar pembelian'.

Langkah 4 - Pilih cara pembayaran

  • Untuk pembayaran anda boleh membayar ke Stormreaders Network Sdn. Bhd. (Maybank), No. Akaun - 5627 9550 0929.
  • Senarai cara pembayaran akan dipaparkan.
  • Jika anda ingin membayar secara bank transfer atau tunai, sila pilih pada ruang 'Pembayaran Bank'. Maklumat pembayaran akan dipaparkan dan selepas anda membuat pembayaran, sila masukan nombor rujukan pada ruang yang diminta. Dan anda perlu faks atau e-mel bukti pembayaran kepada syarikat.
  • Jika anda ingin membuat pembayaran secara kad kredit, klik pada ruang 'Kad Kredit'.
  • Klik pada ruang 'Teruskan untuk semak keluar pembelian'.
  • Semak pembelian anda dan klik pada ruang 'Tempahan'.
  • Pastikan keluar paparan untuk cetak resit. Jika ada, tempahan anda telahpun berjaya.
Nota** Untuk nombor rujukan, anda hanya perlu memasukan masa dan tarikh transfer tunai dibuat. Contoh, '1:23 12/01/2011'

Langkah 5 - Periksa status penghantaran produk

  • Anda boleh semak dengan Log-in ke e-Store dan klik pada menu 'Akaun Saya'. Klik pada ruang 'Periksa Status Tempahan'.
  • Selepas anda berjaya membuat tempahan, anda akan menerima e-mel daripada Stormreaders berkenaan dengan pengaktifan akaun www.stormreaders.net/bukuraihan
Sebarang pertanyaan : bukuraihan@gmail.com atau 03 - 6141 8684 / 85

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...