Sabtu, 7 Mei 2011

Fikir Hijau




Jika anda tinggal di Kota Bharu pasti terperasan dengan billboard besar betul-betul depan Sekolah Padang Garong. THINK GREEN ataupun fikir hijau. Ianya diserikan lagi dengan wajah pemimpin negeri dengan background hijau dan ianya bukan kempen parti politik Pas tapi satu gesaan mendorong penduduk lebih conscious tentang perlunya berfikir secara lestari. Tapi apa itu pemikiran lestari ? Adakah cukup dengan memilih produk yang kandungannya dikatakan semulajadi ataupun memilih kediaman yang ada Green Building Index. Adakah anda perasan betapa panasnya cuaca sekarang dan kita sering membandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya yang lebih sejuk. Ini semua tidak berlaku dengan sekelip mata tapi mengambil masa berdekad rakusnya manusia mengexploitasi alam dan hasilnya adalah sekarang. Cuaca yang berubah dengan kemarau panjang, gempa bumi dan taufan yang kerap serta sejuk melampau.

Sebenarnya tidak susah untuk berfikir dan bertindak secara lestari. Ianya terserah kepada sikap kita sendiri. Barang-barang yang boleh dikutar semula jangan dibuang tapi dijual takpun dihantar ketempat pengumpulan. Manakala sisa makanan dan barang senang lupus boleh saja ditanam jika halaman rumah kita mengizinkan. Secara tidak lansung ia bertindak sebagai baja semulajadi. Air pula janganlah dibazirkan. Malu sungguh bila difikirkan rakyat Malaysia banyak membazirkan air. Air basuhan beras dan air hujan yang ditadah boleh diguna untuk menyiram bunga, membasuh halaman rumah dan kereta. Malah mungkin boleh digunakan untuk simbahan air tandas. Elektrik jangan dibazirkan. Tutup kalau tak digunakan. Yang menghairankan saya, penghawa dingin dipasang tapi memakai kot takpun baju tebal. Dah tahu sejuk, buat apa nak pasang penghawa dingin. Bukankah itu membazir namanya. Hasilnya, ianya bukan setakat menjimatkan poket kita tapi mengurangkan sampah di tempat pelupusan dan menghasilkan peluang pekerjaan.

Dan bagi yang mampu mengeluarkan belanja lebih, pilihlah peralatan yang mesra alam sekitar dan menjimatkan seperti contoh mudah peti sejuk ataupun tv. Ataupun jika mahu membina rumah, pilihlah bahan yang mesra alam sekitar dan mereka rumah yang boleh dikatakan green house. Untuk jangka panjang, ianya akan menguntungkan kita.

Kurangkan membawa kenderaan sendiri. Banyakkan menggunakan perkhimatan awam dan jika ada urusan dimana jaraknya tidak jauh, mungkin kita hanya perlu berjalan. Kurang duit untuk petrol dan badan pun sihat.

Kalau difikirkan kembali, datuk nenek kita mampu hidup secara harmoni dengan alam. Tengoklah rumah mereka. Walaupun dulu masih tidak wujud kipas dan penghawa dingin namun rumah mereka sentiasa nyaman. Pergi ke pasar dibawa sendiri bakul. Plastik tidak diperlukan. Makanan dibalut dengan daun pisang dan jenis daun lain. Ikan dibalut dengan surat khabar. Sisa makanan diberi pada ayam, itik dan angsa. Kemana-mana berbasikal, almaklumlah dulu hanya yang berduit saja mampu membeli motokar.

Apa-apa pun, semuanya terserah kepada kita untuk berubah atau tidak. Macam pelawak Nabil selalu kata LU FIKIR LAH SENDIRI !!

REuse Reduce Recycle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...