Sabtu, 7 Mei 2011

Ikan Yang Busuk


Sebenarnya ikan segar tidak berbau. Bau hanyir pada ikan berlaku hanya bila ikan dipindahkan ataupun disimpan dalam tempoh yang lama. Punca kepada bau yang tidak menyenangkan adalah dari bacteria yang terdapat pada ikan yang merembeskan asid amino yang hasil akhir tindak balas adalah methylamine – punca bau hanyir. Lagi lama ikan terdedah di udara lagilah bacteria tersebut. Tapi ada caranya untuk mengatasi kehanyiran ikan iaitu limau nipis ataupun buah lemon. Hanya perah ke atas ikan dan ia akan bebas dari bau hanyir. Selalu dibuat bila hendak memasak ikan sungai. Asid yang terdapat dalam limau nipis bertindak menukarkan methylamine kepada garam amino yang memerangkap bau busuk. Jadi lain kali, jangan tutup hidup sebab ikan tak bersalah pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...