NOSTALGIA KTMB

Pernah naik keretapi? Bukan apa, dengan jam perjalanan melebihi setengah hari ataupun 15 jam ( kalau dari KL Sentral ke Tumpat ) mungkin ramai yang prefer naik bas takpun kalau yang berduit mesti memilih kapal terbang. Tapi bagi aku, naik keretapi sebenarnya satu pengalaman yang menarik dan agak nostalgia (dan mungkin tak kisah meluangkan 15 jam dalam keretapi).


Dengan harga tiket RM 51.00 untuk kelas pertama ( katil yang selesa ), saya mendapat ruang saya sendiri tanpa perlu berkongsi dengan penumpang lain. Aktiviti yang selalu saya buat membelek majalah yang dibeli masa di KL Sentral dan aktiviti makan (saya jarang beli makanan dikantin takpun dari pekerja yang meronda menjual makanan dari satu kabin ke kabin lain kerana harga yang sedikit mahal. Saya awal-awal akan memastikan bekalan makanan secukupnya untuk perut). Dan antara yang menyeronokkan menjelajah sejenak ceruk badan keretapi dari satu kabin ke kabin yang lain. Boleh kata pelbagai ragam penumpang dapat dilihat. Ada yang sibuk melayan anak-anak yang tak reti duduk diam, yang khusyuk membaca pun ada, kalau yang berkumpulan...emmm...memang bising ( tapi bukan semua) dan yang naik secara haram pun ada ( kes tiket habis, selalunya musim perayaan). Entah apahal rasa mengantuk senang sangat dalam keretapi dan dalam pukul 10 malam, aku dah nyenyak tidur diulik buian keretapi.
Masa paling seronok bila pagi menjelang (aku tak pasti bila entah keretapi ni berhenti di stesen Gemas untuk tukar arah perjalanan ke pantai timur ), pemandangan diluar amat menakjubkan. Aku dah bersedia dengan kamera walaupun kebanyakan gambar yang aku ambil kabur dan tidak static walaupun dan macam cara digunakan.Mungkin kamera perlu diganti dengan yang lebih canggih. Gunung ganang yang menhijau yang berkabus, kawasan penempatan yang terpencil dan merentasi jambatan bergantung merentasi sungai Kelantan antara yang menarik. Entah berapa terowong keretapi ni masuk. Bila berhenti di stesen Dabong, aku tahu tinggal berapa jam lagi untuk sampai ke Wakaf Bharu. Stesen Dabong ni agak unik, sekeliling hutan seolah-olah civilisation disekitar stesen itu sahaja. Rumah-rumah penduduk betul-betul tepi rel keretapi dan disebelah kanan terdapat sekolah dan penginapan staff sekolah. Ramai yang selamba melintas rel tak kira tua muda. Dah biasa kot. Yang bestnya suhu disini dingin sekali mungkin factor tumbuhan sekeliling dan pagi masih muda. Lepas Dabong, stesen berikutnya Gua Musang. Disini selalunya pelawat hendak ke taman Negara akan turun. Seronok sekali dapat melihat sawah padi menghijau terbentang seolah tiada penhujung dengan spesies burung entah apa terbang di sekitar sawah. Kerbau jarang-jarang dan banyak sekali lembu-lembu. Sedar tak sedar, keretapi dah berhenti di stesen Pasir Mas. Stesen ni agak sibuk ditambah dengan pasar utama yang sebelah aje stesen. Asyik juga tengok penduduk Pasir Mas sibuk membeli belah dan telatah penjual mempromosi jualan mereka.
Dan akhirnya sampai juga aku ke destinasi, Wakaf Bharu. Dimaklumkan tiada stesen di Kota Bharu. Aku disambut dengan gembiranya oleh pakcik-pakcik teksi yang ramah bertanya “nok teksi ko??”. Aku senyum menolak sebab dah ada orang jemput aku. Berakhirlah celoteh pendek aku...selamat malam...

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu