OBESITI !! PELAJAR KITA MONTEL



Pelajar kita gemuk dan amat perlu dirisaukan. Itulah apa yang dilaporkan dimedia baru-baru ini. Demi untuk menyelesaikan masalah kegemukan ini yang kesan sampingannya termasuklah juga angin ahmar, darah tinggi dan jantung sebagai contoh, mendorong pihak yang berkenaan mengemukakan cadangan bernas. Ada diantaranya mahu kerajaan menempatkan pakar nutrisi disetiap kawasan, mahu BMI dimasukkan dalam buku rekod pelajar ( satu lagi kerja untuk para pendidik ) dan yang paling drastic yang aku baca adalah untuk mengharamkan terus nasi lemak dari dijual disekolah. Terperanjat juga aku sebab tak sangka nasi lemak boleh menyebabkan kegemukan. Di pihak kementerian yang bertanggungjawab, mereka akan mengawal makanan yang boleh dijual di kantin.

Mengawal jumlah kalori yang diambil pelajar di sekolah semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah obesiti. Skop yang lebih luas dari kantin perlu dipandang dan diperhalusi jika mahu melihat anak muda kita bebas dari obesiti dan jangan dilupakan mak ayah kakak abang kepada pelajar. Obesiti adalah universal, ianya tidak terhad kepada peringkat umur tertentu.

Sebenarnya untuk mengatasi obesiti tidaklah susah mana pun, hanya gaya hidup seharian kita perlu diubah. Mungkin bagi para pelajar, mak ayah perlu menghadkan aktiviti tidak sihat indoor seperti melayan internet, main play station, tidur sepanjang hari, beberapa sebagai contoh. Galakkan mereka untuk lebih banyak beriadah di luar. Sebagai orang tua, janganlah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadilah contoh terbaik. Berikan lebih rest time untuk anak-anak. Sedari pagi, mereka ke sekolah, tengah hari kelas tambahan, petang pula dengan aktiviti ko korikulum dan malamnya dengan tuisyen. Bila mereka hendak berehat pun tak tahu. Naik kesian pula tengok adik-adik kepenatan. Masa zaman persekolahan aku dulu pun tiadalah sepadat sekarang. Namun, itu tidak bermaksud aku tidak cemerlang dalam pelajaran. Otak ni perlu berehat, bukannya berterusan bekerja tanpa henti.

Makanan tidak sihat bukan sahaja perlu diharamkan di kantin tapi juga di rumah. Didiklah anak dari awal tentang makanan ringan dan laranglah dari membelinya. Ibu bapa pula tak perlulah penuhkan cabinet dengan makanan tidak sihat dan kurangkan kekerapan makan di luar terutamanya makanan segera. Enak memang enak tapi tahap kolestrol cukup menggerunkan.

Akhirnya determination yang paling penting. Janganlah isu ini hangat seketika dan berakhir sejuk seperti air batu. Bahkan bila saya membeli surat khabar sehari dua ni, nampaknya isu obesiti sudah tiada dan diganti dengan isu lain. Memang betul hangat-hangat tahi ayam.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu