Rumahku Syurgaku


M Suites

Saya tertarik akan survey yang dijalankan oleh akhbar The New Strait Times yang disiarkan pada 6 Mei 2011. Hasil survey menunjukkan sebahagian besar golongan muda tidak berminat dengan unit kediaman bersize kurang dari 500 kaki persegi. Terdapat beberapa factor yang mendorong mereka menolak unit mikro. Antaranya Malaysia masih mempunyai banyak tanah yang belum dibangunkan berlainan dengan Hong Kong dan Singapura dimana tanah untuk dibangunkan amatlah terhad. Mereka juga berpendapat ianya terlalu kecil untuk keselesaan dan mereka sanggup membeli rumah yang lebih besar seperti di Rawang berbanding dengan Kuala Lumpur walaupun jauh dari tempat kerja.


Walaubagaimanapun, mereka mungkin mempertimbangkan unit kecil sebagai satu pelaburan jika ianya menjanjikan hasil sewa yang menguntungkan. Dan jika ianya berada ditempat yang strategic dan sebahagian daripada projek baru yang menarik. Seperti apa yang berlaku di Kuala Lumpur, projek seperti M city dan M suites mendapat sambutan pembelian yang amat menggalakkan dan ini membukti unit kecil mampu dijual jika lokasinya strategic dan menjanjikan satu yang berlainan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan