Senangnya Nak Senang


Sebelum ini yang kita dengar adalah susahnya nak senang dan senangnya nak susah. Tapi bagi saya, kita yang menetapkan mind set sedemikian. Menganggap kejayaan itu sukar dan penuh liku menyebabkan kita mengangkat bendera putih digarisan permulaan. Risiko dan ketidaktentuan di muka hari bukan dalam kamus hidup kita. Lebih baik ambil jalan lebih mudah.

Dan kerana ambil jalan mudahlah ramai yang gagal dan tertipu. Boleh dikatakan kerap benar sahabat dan saudara kita ditipu dengan pelbagai jenis skim, perniagaan dan entah apa lagi hanya kerana mahu mengambil jalan pintas dah simple untuk kaya raya. Yang menghairankan bukan setakat orang kebayakan bahkan melibatkan golongan professional.

Saya ada sedikit pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Suatu ketika, masa tengah belajar, saya bersama tiga sahabat melihat peluang untuk mencari duit poket di tempat kami menginap di apartment pelajar. Ketiadaan perkhimatan dobi membuka peluang kepada kami. Kami berpakat berkongsi duit membeli mesin basuh untuk memulakan perkhimatan dobi secara kecilan disamping untuk kegunaan sendiri. Saya masih ingat macam mana kami keletihan mendaki 6 block apartment pelajar setinggi 4 tingkat yang tiada lift menampal keratan kecil di setiap pintu untuk mengiklan perkhimatan dobi kami ( kami lakukan kerja iklan setiap semester kerana penginapan sentiasa berubah setiap semester kecuali pelajar tahun asas ). kami menjangka terus mendapat pelanggan tapi rupanya ianya mengambil masa. Pelanggan kami hanya seorang dua. Tapi tak mengapa. Setelah beberapa ketika, pelanggan bertambah dan apa yang menariknya, mereka yang tetap setia menggunakan perkhimatan kami walaupun setiap semester, kami akan berpindah ke unit lain. Apa yang selalu mereka buat, mereka akan meng sms kami bertanyakan samada kami masih menyediakan perkhimatan dobi bila semester baru bermula. Dan jangan terkejut, majoriti pelanggan kami adalah bukan melayu !! Dan hasil buah mulut pelanggan kami, pelajar yang menginap di luar kampus juga turut menggunakan perkhimatan kami. Walaupun bila pihak kolej menyediakan perkhimatan self service dobi di apartment pelajar dimana kami menetap kemudiannya, pelanggan kami tidak berkurangan, ini kerana kami bertindak dengan mempelbagaikan perkhimatan lebih dari semata-mata mencuci pakaian dan turut menjual minuman ringan. Dan yang lebih penting dari itu kami memastikan kami jujur ketika berniaga. Mungkin apa yang kami hanya pakaian kotor tapi kami menganggapnya sebagai satu amanah untuk menyerahkannya kembali dalam keadaan bersih kepada pelanggan. Mungkin yang membaca pengalaman berniaga saya ini hanya menganggapnya tidak seberapa berbanding usahawan lain yang untung juta-juta. Namun, dari satu segi, apa yang diprantikkan dan diamalkan oleh kami kemungkinan besar sama seperti apa yang diamalkan peniaga besar lain iaitu sabar, amanah, jujur, bertanggungjawab dan tidak menipu. Kami tidak mahu makan hasil tidak halal.

Betapa senangnya nak senang kalau kita ubah mindset kita dengan menjadikan setiap langkah kearah success satu cabaran bukan penghalang.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan