Bandar Baru Tunjong

[ Post baru ] Agak lama jugak aku tak ke Tunjong nie memandang tiada urusan ape pun kat sane. Baru kelmarin aku ke sana sebab nak teman mak beli barang. Quite suprise lah jugak bila menengokkan ade improvement dan kemajuan kat area bandar baru Tunjong. Antaranya yang aku perasan adelah deretan kedai-kedai mula dah start happening. Antaranya yang aku perasan baru bukak kat situ kedai Jaafar Rawas, kedai kereta, pejabat perbadanan dan Tunjong development corporation, agensi kerajaan dan beberapa jenis kedai lain. 


Semak samun yang bermaharajalela kat situ pun nampak dah dibersihkan dan tengah ditambak untuk pembinaan unit kedai baru.

Projek besar lain kat situ yang aku perasan dah start adelah dataran rakyat. Tu jelah. Kat tapak Mydin aku tengok takde apa-apa nak menunjukkan struktur binaan tengah naik, Tunjong Pavilion pun aku tengok duk lagu tu la jugak. Cuma aku perasan showroom Tunjong Pavilion yang dibukak bertentangan. 


[ Post asal ] Kali ni aku sempat ke Bandar Baru Tunjong. Nak lihat dengan mata kepala sendiri macam mana agaknya pembangunan disana. Sebab sebelumnya aku tengok gambar-gambar dalam majalah 20 tahun pemerintahan PAS di kelantan, Bandar Baru Tunjong lawa sekali. Ditambah lagi dengan berita-berita pelabur melabur disitu.


Gambaran sekitar rumah-rumah kedai di Bandar Baru Tunjong.


Dari jauh kelihatan pejabat pelajaran dalam pembinaan dan Razali Perabot
 
Kedai paling hujung.Sunyi tanpa penghuni

Sekilas di sekitar kedai-kedai yang masih kosong. Meriah dengan stickers TO LET

 Tanah yang masih kosong. Tapi takkan dibiarkan lama untuk pembangunan di masa depan

Sisa-sisa construction


Jabatan Bomba Kelantan, diambil dari belakang

Kren dalam area construction kompleks mahkamah syariah yang baru

Aku tak pasti jenis tanaman apa yang ditanam kat sini.Betul-betul kat belakang kedai baru tunjong

Matahari mula terik diatas kepala.Menggambarkan sinar harapan untuk Bandar Baru Tunjong berkembang dimasa depan.



Mydin Mall Tunjong setinggi 3 tingkat tengah dalam pembinaan
Holiday Villa Kota Bharu dalam construction.Kalau ikut plan, tahun 2011 juga suruh siap

Dari pengamatan aku, Bandar Baru Tunjong masih baru. Banyak lagi pembinaan tengah dijalankan sekarang dan masa depan untuk menempatkan jabatan-jabatan kerajaan. Ditambah pula dengan pembinaan Mydin Tunjong, iaitu yang terbesar di Malaysia, ini akan membawa limpahan ekonomi ke ara Tunjong.


Ulasan

  1. minta maaf nak bertanya, maafsebut ni kerja apa eh. rupanya banyak pembangunan kat klantan ni yg sy tak tau walaupun sy org kelantan juga.hehehe. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semestinya saya bekerja dalam sektor pembinaan baru saya dapat tahu serba-serbi. Tak macam tu. Sebab minat mendalam saya dalam pembangunan kat Kelantan nie lah mendorong saya berusaha mendapatkan maklumat tentang pembangunan terbaru kat kelantan dan juga dapat dikongsi bersama readers kat blog maafsebut nih.

      Padam
  2. salam tuan, nak tanya kalau kalau tuan tahu mana mana pasaraya yg akan dibuka ditujong dlm tahun ni ~ 2014

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaallah Giant Superstore di lagenda tunjong

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu