Porsche, BMW Yang Mana Satu

"In the beginning, I looked around and could not find quite the car I dreamed of...So I decided to build it myself.".......Professor Ferry Porsche
Kalau ditanya, kalau kewangan mengizinkan, kereta apa yang mahu dipakai ? Kiranya kereta impianlah yang siang malam kita asyik duk fikir, yang sentiasa menjadi tajuk bualan. Kalau bab kearifan, kitalah yang paling expert, tanya jea, enjin apa, tayar apa, interior macam mana pasal kereta impian kita, petik jari jea boleh dijawab. Kalau masuk exam, konfirm dapat full marks. Tak kisahlah korang minat kereta apa, kali ni aku nak share kereta apa yang jadi dream car aku. Melalui pengamatan kepada diri aku sendiri, minat pada sesebuah brand kereta mengikut angin dan keadaan. Kalau dulu aku minat giler kat kereta Honda Civic tapi sekarang aku dah tak berapa minat sangat dah. Beralih angin pulak. Angin beralih tu pasal apa, sebab rasa macam tak kena aku sorang jea minat Honda Civic tapi kawan-kawan aku bak automation expert berbual pasal BMW. 
 BMW 5 SIRIES...emm lawanye

Sikit-sikit nak juga cakap pasal BMW. Sedikit demi sedikit tak pasal-pasal aku turut tertempias minat kat BMW. Aku takde la terer sangat pasal BMW, tapi kalau nak bezakan M siries dengan yang siries biasa tu boleh la. Aku rasa semua orang tahu BMW ada X, Z, M dan siries 3 5 7. Paling aku minat 5siries dengan X5. Geram aku tengok 2 bijik nie. Rasa macam nak gigit lak. Kalau dalam Top Gear cakap X5 lembik macam pondan dan worship lebih kepada Land Rover, ianya tidak menjejas sedikit pun keyakinan aku pada X5. Performance kejuruteraan German tak payah dipertikaikan. Aku rasa semua orang angguk tanda setuju dengan aku.
 Audi a1..yang nie paling murah rm100k something..cutekan

Bercakap pasal kejuruteraan German nie, teringat aku pada Audi, adik beradik dengan BMW. Apa yang isitimewanya dengan Audi sehingga aku turut jatuh cinta padanya kerana lampu depan yang cukup anggun dan seksi. Lampu led yang terbias tak kira siang malam cukup memukaukan pada pandangan aku. Tapi hanya satu sebab yang aku minat lagi kat BMW, harga. Kalau dibandingkan 3 siries dengan a2 iaitu dalam segment sama, harga Audi lebih mahal, perbezaan yang ketara hingga puluhan ribu ringgit. Mungkin sebab BMW dipasang disini kot menyebabkan harganya lebih murah berbanding dengan Audi yang diimport sepenuhnya. Sekarang pun, BMW dah dibuat agak cerdik dan pintar dengan BMW ConnectedDrive. Iaitu teknologi yang aku rasa banyak membantu driver. Nak tahu lebih, pandai-pandailah cari sendiri.

 
 Porsche Cayenne
VW Passat..akan dipasang di Malaysia, memungkinkan harganya akan turun

Walau sehebat mana pun kereta sport, aku memang tak minat. Kerana aku bersifat family oriented, rasa macam tak kena pula kalau kereta tak mampu memuatkan ahli keluarga. Tapi sekarang minat aku dah switched. Aku dah start minat brand sport bila mereka mula memperkenalkan segment sedan dan SUV dalam barisan model kereta mereka. Sebut saja Aston Martin, Lotus, Porsche, kebanyakkannya sudah memperkenalkan 5 pintu dalam model mereka. Dalam banyak jenis sport dalam alam maya nie, yang paling aku minat dan teringin nak beli kalau aku dah kaya nanti adalah Porsche. Cuba korang tengok kat depan Porsche. Seolah-olah Porsche tersenyum dengan mata yang menawan pada kita dan memujuk kita jom naik dan pandu laju-laju. Awal tadi aku dah bagitau aku tak minat pada 2 pintu walaupun Cayman, Boxster dan Carrera macam orang putih cakap irrestible dengan perfonmancenya yang menakjubkan. Sedan Porsche, Panamera dan SUV Porsche Cayenne menjadi pilihan aku kerana 2 species ni ada 5 pintu. Tapi tulah, boleh berangan je lah nak pakai Porsche, Panamera yang paling murah pun dah rm 700000. Cayenne pun sama, paling murah rm600000.

Apa pun, nak berimpian memiliki kereta gempak-gempak bagi aku rasa tak salah. Bagi aku ianya menjadi motivasi untuk berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti berkeupayaan pergi ke auto showroom dan bagitau sales person, saya mahu beli BMW ni. Waktu itu akan tiba cuma lambat atau cepat. Sekarang dapat bawah Honda model lama pun dah kira syukur sangat kerana dengan Honda buruk tu lah, aku kehulu dan kehilir.Tanpanya aku tak taulah macam mana.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu