Berlapang Dadalah


Apa saja usaha dan penat lelah yang membawa kepada kejayaan, kebahagian dan kecemerlang dalam hidup tidak semestinya mengembirakan semua pihak. Sudah pasti akan ada pihak yang berasa sakit hati, dengki dan berdendam dengan apa yang kita peroleh.

Mungkin sesetengah dari mereka hanya setakat memendam perasaan busuk itu didalam hati tetapi ada yang lebih teruk, tidak puas dan tidak tenang selagi kita belum tersenbam kemuka bumi.          Kerana itulah banyak kisah kita dengar bagaimana seseorang menjadi mangsa kepada ilmu hitam atau difitnah dengan cukup berat.

Sebagai muslim, apakah tindakan kita jika terdapat niat atau perbuatan jahat kepada kita ? Adakah perlu rasanya untuk kita membalas balik perbuatan mereka ? Jika kita berasa untuk membalas perbuatan mereka kerana perasaan busuk mereka, eloklah kita renung apa cabaran yang dihadapi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Adakah baginda membalas perbuatan seorang perempuan tua yang membaling najis kepadanya ? Adakah baginda berhenti menyuap seorang perempuan tua buta yang sentiasa mencacinya ? Adakah baginda membalas perbuatan penduduk sebuah bandar yang membaling batu untuk menghalang dakwah baginda ? Kita semua sudah tahu jawapannya, baginda tidak membalas perbuatan melempar tahi kepada malahan menziarahi si pelempar tahi yang sakit. Wanita tua buta menangis lalu memeluk Islam setelah mengetahui selama ini orang yang dicacinya tidak jemu menyuapnya makan. Baginda menghalang malaikat dari membalas perbuatan penduduk sebuah bandar malah menaruh harapan jika generasi yang ada tidak memeluk Islam, generasi seterusnya akan menyahut seruan Islam. Betapa hebatnya contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh baginda rasulullah saw. Kita sebagai umatnya harus mengikuti apa yang telah ditunjukkan oleh baginda rasulullah saw. Benarlah kata teladan nenek moyang kita, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Biarkan mereka dengan niat jahat mereka kerana setiap perbuatan ada balasannya. Jika tidak di dunia ini, insyaallah di akhirat kelak. Dan jika mereka datang memohon maaf diatas kesalahan mereka, janganlah pula kita sombong dan mendongak ke langit, maafkanlah mereka dengan berlapang dada. Jangan simpan dendam didalam hati dan jangan berniat untuk membalas suatu hari nanti. Maka, ayuh kita semua berlapang dada.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu