Instant Message


Menjelang Syawal yang bahangnya masih terasa sehingga sekarang, saya banyak menerima ucapan selamat hari raya daripada sahabat handai dan saudara mara melalui system pesanan ringkas, sms dan menerusi Facebook.

Dan bukan setakat ucapan selamat, bahkan jemputan majlis kenduri, open house dan sebagainya turut menggunakan kecanggihan teknologi Facebook dan sms.

Memang seronok bila orang yang kita kenali menghargai kita tanpa lupa untuk ucap selamat dan tidak lupa untuk mengajak ke majlis penting mereka tanda mereka masih ingat dan menghargai kita. Tapi nun jauh disudut hati saya, sebenarnya timbul satu persoalan yang bermain di kepala. Kalau tak lama ketika dulu, ucapan selamat hari raya saya terima sebagai sekeping kiriman kad. Kad tersebut dapat disentuh dan dirasa serta tulisan sendiri oleh sahabat kita. Saya juga lebih menghargainya kerana satunya effort yang telah dicurahkan sehingga sampai ketangan saya dan sang pengirim memang kenal saya, kalau tidak gerangan apakah dia susah-susah menghabiskan duit dan tenaga semata-mata untuk sekeping kad.

Berbeza sekali sekarang. Ucapan selamat hari raya hanya sekadar sms, dan kadang-kadang, ucapan sama diterima berulang kali oleh saya. Ini bermaksud sang penghantar sms sekadar forward ucapan selamat hari raya yang diterimanya kepada orang lain. Tiada lagi effort untuk menghantar yang seikhlas datang dari hati. Ianya tak lebih sekadar trend. Kerana orang lain sms kepada kita, kita pun melakukan perkara sama. Kerana sifat sms yang tidak berbentuk fizikal, ianya mudah dipadamkan untuk tidak menyesakkan memory handphone. Kerana sifatnya yang tidak esklusif dan non confidential, sms ucapan selamat hari raya jarang dihargai.

Kalau setakat wish untuk hari raya tu saya tak berapa kisah sangat tapi kalau jemputan kahwin pun nak kena melalui facebook, saya rasa ini memang tak kena. Semua nama ditag pada gambar kad jemputan kahwin, dan bukan semua friends kat facebook kita kenal bahkan hanya sekadar kita tekan accepted bila ada orang yang request untuk menjadi friend kita di facebook. Bagaimana pula kalau ada dikalangan sahabat kita tidak mempunyai akaun facebook ataupun twitter. Adakah dia tidak terasa seperti tersisih dan dilupakan hanya kerana sahabatnya yang sudah kenal bertahun tidak mengajaknya ke majlis perkahwinan. Pernah sekali kenalan saya bertanya tentang ketidak hadiran ke majlis perkahwinannya. Soalan yang diaju, soalan yang saya lontarkan, bila masa dia kahwin ? Tak tahupun. Rupanya kenalan saya ini menghantar jemputan melalui facebook, sedangkan saya sudah agak lama tidak aktif dalam facebook, hanya baru-baru ini saya aktif kembali. Saya tidak menyalahkannya kerana jarak jauh antara kami tidak mengizinkan dia datang sendiri kerumah, hanya melalui facebook dapat dihantar jemputan. Walaubagaimanapun, kalau kita memang bersungguh-sungguh mahu sahabat kita hadir ke majlis penting kita, saya rasa jarak dan masa tak harus dijadikan alas an. Sahabat saya menelefon saya menjemput kemajlis perkahwinannya dan turut menghantar kad jemputan melalui kiriman pos. Walaupun kenduri sahabat saya ni di negeri lain, walaupun jauh, saya memastikan untuk hadir. Dan salah seorang sahabat lain berkali-kali telefon untuk confirm sama ada saya dapat hadir ke tidak. Lihat, walaupun jarak memisahkan kami, mereka sanggup menggunakan kemudahan yang ada untuk menjemput secara personal. Melihat kepada kesungguhan mereka, kita akan turut merasakan kita mesti hadir ke majlis penting mereka. Tak kisah kalau terpaksa ambil cuti kerja dan menghabiskan wang kerana merasakan amat perlu sekali untuk hadir ke majlis mereka. Melainkan jika ada hal yang lebih memberat yang memaksa untuk tidak hadir, saya pastikan untuk memenuhi undangan.

Teknologi memudahkan tapi janganlah kerana teknologi kita melupakan adab dan tatacara masyarakat kita. Cuba lihat pada orang tua kita. Macam mana mereka berkunjung ke tiap kenalan mereka untuk menghantar jemputan perkahwinan atau majlis lain kerana bagi pandangan mereka, tidak elok untuk setakat pesanan mulut atau sekadar mengirim kad jemputan, tak sopan bagi mereka. Bagi generasi kita sekarang, apa salahnya untuk telefon, kalau rasa caj mahal, sms pun dah dikira ok. Janganlah tag aje kat facebook atau di twitter.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu