Menang Membeli


Dengan keadaan ekonomi yang naik turun sekarang, membeli menjadi suatu tugas yang sukar. Ditambah pula dengan harga barang semua melambung naik, gaji pula tak naik-naik seiring dengan harga barang, menyebabkan kuasa membeli yang ada kat tangan makin mengecut. Kalau nasib tak baik alamatnya kena berhenti kerja sukarela, yang nie lagi perit kalau dah berkeluarga.

Apa yang berlaku yang saya bagitau diatas bukan sedikit memberi kesan kepada rakyat marhein seperti saya nie. Membeli kena cautious, kalau tak lari budget, kalau boleh beli apa yang paling murah. Alih-alih apa yang saya rasa adalah rasa tak berbaloi dan rugi berhabis duit membeli sesuatu barang. Niat asal nak berjimat tapi makin kerap pula saya beli barang sama dek kerana cepat rosak, tak tahan lama dan serba serbi alasan lain. Kalau macam nielah keadaanya, saya rasalah lagi baik saya beli yang mahal sedikit tapi tahan lama, kalau boleh dua atau tiga tahun, kalau tahan lagi lama lagi
bagus. Tapi bukannya saya nak galak orang ramai berbelanja dengan boros dan beli barang yang mahal-mahal. Bukan begitu maksud asal saya. Tengoklah juga barang apa nak beli. Takkanlah nak beli pensil sebatang pun nak yang mahal, beli yang murah pun sudah ok.

Contoh yang paling mudah saya boleh bagi adalah apa yang disarung kat kaki kita nie, kasut dan selipar. Kalau saya, selipar dan kasut bukan semata-mata nak buat melaram atau orang Kelantan kata nok buak ja’ngok tapi pakai untuk aktiviti saya seharian atau nok buwak se’he. Salah seorang sahabat saya melahirkan rasa kebengangannya kepada saya, beli selipar tapi tak tahan lama, lepas dua tiga bulan dah kena beli yang baru. Tapak selipar tercabut, kulitnya habis mengelupas. Saya bagitau dia kalau macam tulah keadaannya lebih baik beli selipar jepun jea. Dah la murah tahan lama pulak tu. Balik kecerita asal. Tak semestinya yang mahal giler baru dikira elok tapi kalau kita pandai cari, yang harga berpatutan pun kadang-kadang berkualiti dan tahan lama untuk dipakai. Banyak yang harga kurang daripada seratus ringgit boleh kita dapat kat pasaran sekarang. Saya pernah beli selipar harga kurang daripada seratus ringgit dan ianya masih elok dan cantik walaupun tak tahu berapa kali saya redah air, selut dan entah apa lagi permukaan tanah bumi. Sekarang dah masuk tiga tahun saya masih pakai selipar yang sama. Cuma saya beli protection spray yang saya spray beli saya rasa nak spray untuk melindungi selipar. Manakala kakak saya sendiri entah berapa kali dah asyik beli duk tukar selipar. Cuba anda fikir, anda beli selipar harga empat puluh ringgit tapi anda kena tukar banyak kali dalam tempoh tiga tahun sedangkan saya masih pakai selipar sama. Siapa yang membazir ??

Ada juga saya tengok ada orang yang sanggup membeli barangan tiruan walaupun harganya beratus ringgit macam telefon bimbit ataupun jam tangan. Tapi dah nama barangan tiruan, sudah tentu expectation last longer memang takde. Saya pun naik heran kenapalah diorang nie sanggup berhabis ratusan ringgit untuk barangan tiruan. Padahal dengan sejumlah wang tersebut dah kira padan kalau nak beli barangan berkualiti walaupun brand tak tip top.

Kalau teringin sangat nak pakai barangan berjenama memang ada option, beli second hand ataupun senang cerita bundle market. Tak payah nak fikir sangat apa orang lain fikir, kalau kita tak bagitau, bukan orang lain tahupun kita pakai barang second hand. Kalau di Malaysia, kedai bundle memang banyak kebanyakan menjual pakaian ataupun selipar/kasut. Di dunia maya pun banyak business menjual barangan second hand macam branded hand bag. Ambil saya sebagai contoh. Tahun lepas saya kena hadiri satu function yang memerlukan saya membeli sesuatu. Senang cerita, saya beli yang second hand yang harga memang berpatutan. Kalau saya beli yang baru, nak saya kena berhabis paling murah pun enam ratus ringgit padahal sekali masa waktu function tu jea saya pakai. Kiranya berbaloi jugalah saya beli kat kedai bundle.

Mungkin orang lain akan fikir macam nie, senanglah saya cakap, macam mana pula yang nak makan hari-hari pun tak lepas, lagilah kalau tinggal di Lembah Klang, Johor Bahru dan Penang. Senang cerita bergantung kepada kemampuan, live on your means. Perlu diingat, jangan sesekali burden yourself in debt kerana kalau kena blacklist dek bank Negara, alamatnya faham-fahamlah sendiri.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu