Bajet 2012 : Apa Yang Menarik Perhatian


RM 232.8 billion. Itulah jumlah yang diperuntukkan ketika ucapan bajet 2012 baru-baru ini dimana 181.6 billion ringgit untuk perbelanjaan mengurus dan selebihnya 51.2 billion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan. Dari awal ucapan bajet hinggalah habis bajet disebut, saya setia tercegat didepan tv. Ramai orang cakap ini bajet election, ada juga yang cakap untuk gula-gulakan rakyat tapi apa saya peduli, yang penting apa rakyat marhein macam saya nie dapat manfaat dari bajet 2012.

Pertama kalinya yang menarik perhatian saya apa yang Kelate dapat, ini yang paling saya tunggu. Antara yang mengujakan saya ialah projek Centre Spine Highway yang menghubungkan Kelate dan Lembah Klang. Jalan dari Kuala Krai hinggalah ke Simpang Pelangai akan diupgrade kepada 4 lorong dan mana yang bengkok diperluruskan. Ini mampu memendekkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang biasanya mengambil masa selama 8 jam. Disamping itu mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya ketika musim perayaan.

Hospital Kuala Krai akan dipertingkatkan mungkin penambahan kemudahan dan juga bangunan baru. Yang saya kesal kenapalah tiada peruntukan untuk pembinaan hospital baru di Bachok dan mungkin hospital ketiga di Kota Bharu. Keadaan dua hospital utama di Kota Bharu iaitu HUSM DAN HRPZ 2 cukup sesak dengan pesakit.

Terminal Makanan Negara atau Teman di Tunjong terpilih sebagai salah satu lokasi untuk Rural Transformasi Plan. Macam mana RTP dijalankan saya takleh nak ulas kerana tak tengok lagi macam mana.

Kalau nak berbisnes, sekarang peluang yang baik. Kerajaan melalui bajet 2012 saya rasa banyak memberi pelbagai bentuk galakan untuk menggalakkan entrepreneurship dan sekaligus mengcreate peluang pekerjaan. Antaranya dana mudah cara berjumlah 2.5 billion ringgit, dana pembiayaan pks sejumlah 2 billion ringgit berlandaskan syariah, 100 juta ringgit bagi SME Revitalisation Fund, 200 juta ringgit bagi program pembangunan usahawan dan pelbagai lagi yang sedare-sedare sekalian boleh baca sendiri kat surat khabar kat Malaysia nie.

Had untuk skim rumah pertamaku turut dinaikkan dari 200 ribu ringgit kepada 400 ribu ringgit lebih. Hal ini memang menarik perhatian saya kerana sekarang pun nak dapat rumah berharga 200 ribu ringgit agak sukar terutamanya di lembah Klang. Kerajaan juga akan membina 7700 rumah di Putrajaya, Cyberjaya, Putra Height, Seremban, Bukit Raja dan Damansara dibawah Perumahan Rakyat 1Malaysia. Developers yang terlibat bukan calang-calang, Sime Darby dan SP Setia sebagai contoh. Saya harap kerajaan akan memperluaskan PR1MA ke negeri-negeri lain seperti Kelate nie. Untuk mengurangkan spekulasi dalam sektor hartanah, kerajaan menaikkan cukai RPGT dari 5 kepada 10 peratus. Usaha ini disokong tapi kalau dinaikkan tinggi sedikit lebih bagus untuk betul-betul mengurangkan spekulasi yang harga rumah naik kelevel rakyat biasa memang tak mampu nak beli. Agaknya berapa kerat yang mampu beli rumah berharga sejuta.

Untuk membantu meringankan kos hidup, kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan kepada isi rumah berpendapatan kurang 3000 ringgit, voucher buku untuk pelajar, yuran sekolah dihapuskan dan pelbagai lagi yang sedare semua boleh baca kat surat khabar.

Harapan saya semoga semua peruntukan dapat sampai ke kumpulan sasaran. Takut nanti berlaku ketirisan di bahagian pengurusan. Kumpulan sasaran dapat sedikit tapi ada spesies lain yang ngap lebih. Oleh itu rasuah perlu dihapuskan, efficientcy dalam jabatan kerajaan perlu dipertingkat dan yang paling penting kepada yang menjalankan tugas, jika nak buat suatu yang tak betul, ingat-ingatlah walaupun orang lain tak nampak, Allah kat atas nampak.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu