Handphoneku Rosak

Seronok sungguh mandi di air terjun dekat Ulu Langat sampai tak tersedar yang handphone pun turut main air sama. Hanya bila dah puas main dan nak pergi salin pakaian, baru saya perasan yang handphone saya ada dalam poket seluar. Tak pasal-pasal jadi aquarium mini la pula handphone saya nie. Saya dah cuba lapkan untuk keringkan handphone dan bila sampai dirumah, saya try la pula jemur di bawah sinar mentari, mana tahu bila dah kering sepenuhnya, handphone saya boleh guna lagi.


Sayang seribu kali sayang, bila saya cantumkan balik semua komponen handphone dan try tekan butang On, nothing happen. Memang dah sah handphone saya dah rosak dan nampaknya poket saya akan hangus lagi. Sedih sungguh. Makanya, saya pergilah berkunjung ke kompleks sebelah dengan Sogo kat Kuala Lumpur nak pergi beli handphone lain. Saya tak kisah handphone apa janji murah dan boleh buat 2 perkara penting ; panggilan dan sms. Tengok punya tengok, usha punya usha, bila dah rasa puas hati dan dah buat quick survey kat semua kedai yang ada, maka saya belilah sebijik handphone Nokia berharga 400 lebih ringgit. Kalau sekarang kasi free pun tak laku.

Yang tak seronoknya, hanya selepas beberapa bulan saya guna handphone baru yang tak berapa baru nie, macam-macam problem timbul. Kalau sesiapa call tak dengar, bateri kecik terpaksa saya selitkan kertas untuk muatkan, butang-butang tak berfungsi dan entah apa lagilah. Yang klimaksnya, handphone mati terus. Tensen sungguh saya. Baru jea beli tapi dah rosak. Saya dah bawak pergi kedai untuk repair tapi kos repair tu tak berbaloi, baik beli yang baru.

Saya dah dapat pengajaran yang berguna. Kalau nak beli apa-apa pastikan betul-betul beli ditempat yang sepatutnya. Hanya kerana nak murah, tak pasal-pasal banyak pula wang terpaksa dihabiskan. Kali ini saya dah tak pergi dah kat kompleks sebelah Sogo tu tapi saya ke Subang Parade, beli kat kedai yang ada authorise untuk jual handphone. Walaupun mahal sedikit dari tempat lain, saya amat berpuas hati. Mana taknya dah nak masuk 4 tahun, handphone saya nie masih elok lagi walaupun takde 3G, internet dan sebagainya.


Nota kaki : Kat Kelate pun memang banyak handphone authorized dealers, contohnya di depan Istana Kota Lama, cakap jea nak brand ape..semua...

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan