Khamis, 10 November 2011

Library Kat Kota Bharu


I love hanging out at library...Biasalah dah saya memang suka sangat kat buku, kat mana lagi nak dapat baca dengan free selain kat library. Tak ke begitu ??

Kalau masa kecik dulu, boleh kata keraplah juga pegi ke library awam kat Kota Bharu tapi sejak dah remaja nie ( ceh...remaja la sangat ) boleh kata dah banyak tahun tak pegi. Memang ada niat nak pegi tapi bila rakan cakap tak berbaloi pegi sebab banyak buku kat sana tak updated, buku lama, rasa tawar hati pulak nak pegi.

Maka hati saya tanya, berbeza sangatkah kalau dibandingkan dengan library awam kat luar ?? Cuba anda tengok gambar di bawah yang saya jumpa dilaman sesawang. Library nie kat Selangor. Cukup moden dan friendly user. Kalau nak dibandingkan dengan library awam kat sini, aduhai...memang banyak nak kejar. 

 Library awam di Selangor, cukup moden dan penuh dengan bahan bacaan menarik

Tiada inisiatifkah oleh pihak pengurusan library awam kat Kota Bharu nie supaya on par dengan library lain kat Malaysia atau peruntukan tidak mencukupi untuk membuat perubahan contohnya mendapatkan bahan bacaan baru.

Bagi saya, library nie penting. Kalau library pun hambar, buku pun lama, tak menarik, saya tak rasa pengunjung akan pegi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...