Progress Projek Di Kota Bharu

Hari nie sempatlah saya snap photo untuk beberapa projek in progress kat Kota Bharu di sekitar area Lundang, Kubang Kerian dan Panji. Sadly, ada satu projek federal yang tak sempat untuk saya ambil kerana tengah driving tetapi amat menarik kerana dimasa depan akan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lundang. Projek yang saya maksudkan adalah pembinaan flyover kat Pasir Hor-Kubang Kerian intersection dan juga pelebaran jalan asal dan naik taraf ke Pulai Melaka dan lapangan terbang sultan Ismail Petra.

Gambar dibawah yang berjaya saya dapatkan di internet adalah projek yang saya maksudkan tapi malangnya ini adalah gambar lama kerana apa yang saya lihat tadi terdapat beberapa kren tengah aktive bekerja menanam cerucuk.

Ehsan internet flikr

Dan ada junction yang tembus disebelah balai polis kubang kerian menghubungkan projek ini.

Projek lain yang tidak kurang menariknya adalah Apartment Anjung Vista yang pembinaan sudah masuk ke level 11.


Boleh tahan deras progress pembinaannya. Macam nilah kalau siap dimasa depan


Yang projek dalam USM saya tak ambillah pula sebab dah banyak orang lain ambil kat blog dan forum.
Projek pertam Kowamas di Panji iaitu unit rumah kedai manakala villa Kowamas disebelahnya pula untuk phase seterusnya. Siapa yang berminat boleh daftar. Rekaannya saya boleh puji kerana selain kotemparari, ianya juga ada unsur-unsur islamisasi iaitu syarat bagi setiap bangunan baru dalam provision MPKB.

Meh saya zoom dekat lagi kasi jelas

Perasan tak apartment kat tepi ? Lawakan

Yang bertentangan dengan projek Kowamas adalah near completion, a leased hold condominium Impiana second phase.


1resident, nama significant dengan 1malaysia, kren dah start naik. 1resident bila siap kelak akan menjadi second highest residential selepas Kondominium Mutiara.


Nun jauh di Tunjung, a new growth area di Kota Bharu, tengah rancak pembinaan jabatan-jabatan federal dan negeri tapi saya taknak ambil gambarnya kerana saya yakin dah berlambak kat internet.

Yang menarik perhatian saya adalah pembinaan Mydin yang dikatakan terbesar di Malaysia.

Menarik lagi adalah yang disebelah Mydin, Pavilion, an integrated development, doubted as first at east coast.


Dan ini adalah gambar expresi pelukis bila Pavilion kat Tunjung siap kelak yang diperoleh dari internet.

Tunjung juga akan menyaksikan projek perumahan vertikal, maksud saya apartment yang juga saya peroleh melalui internet


Saya juga ada dengar desas desus yang area belakang Pavilion kepunyaan Sensatimur yang akan dimajukan dimasa depan.

Saya rasa setakat ini dulu perkembangan di Kota Bharu yang boleh saya maklumkan. Insyaallah dimasa depan saya akan publish artikel terbaru pasal perkembangan di Kota Bharu

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu