Selepas Bangun Tidur




Sudahkah anda membaca laporan audit Negara ? Kalau ya, anda seorang yang bernasib baik kerana bukan senang nak dapat copy untuk dibaca melainkan ringkasan yang sudah dibuat dalam suratkhabar ataupun majalah tempatan. Tapi sekadar membaca ringkasannya pun sudah memadai, at least kita dah dapat hint macam mana kerajaan membelanjakan duit rakyat yang berbillion ringgit.

Seperti yang sudah diagak, setiap tahun, laporan melaporkan perkara sama iaitu bagaimana orang yang diamanahkan didalam kerajaan overspent dan laporan yang terbaru tiada bezanya dengan yang lepas. Kalau boleh diberi cadangan, saya cadangkan dibuat sedikit kelainan dalam laporan audit Negara. Beritahu kepada kami mereka yang dipertanggungjawab melaksanakan sesuatu program atau projek dengan jayanya dibawah expectation butget. Barulah rasa menarik sedikit.

Untuk tahun lepas, kerajaan membelanjakan 519.9 billion ringgit tapi ada pertambahan sebanyak 5.95 billion ringgit, sedikit terlebih dari jangkaan awal. Alhasil, simpanan Negara mengecut dari 21.57 billion ringgit kepada 27.57 billion ringgit. Dalam masa yang sama, hutang Negara pula meningkat dari 362.3 billion ringgit kepada 407.1 billion ringgit iaitu 53.1 peratus dari  perbandingan GDP. 53.1 peratus nie sedikit lain nak cecah debt ceiling Negara iaitu 55 peratus. Hanya masa yang menentukan bila hutang Negara akan mencecah debt ceiling. Jika ditanya pada Americans mungkin mereka kata okay lagi tapi nak buat apa hutang terlalu besar. Takut nanti jadi krisis seperti di Eropah. Mereka disana tengah struggling untuk menyelesaikan isu hutang yang mampu membankrapkan negara kesatuan Eropah. Yang tak syoknya impak disana turut dirasai disini dan menjejaskan pembangunan peratus ekonomi diseluruh dunia. Ini tak termasuk lagi masalah ekonomi Amerika yang hutangnya dah cecah angka trillion dollar, kalau ditukar kepada ringgit, taktaulah berapa agaknya.

Kementerian-kementerian seperti pelajaran, kesihatan, dalam negeri, pertanian, jabatan perkhimatan awam, jabatan peguam Negara, sprm dan suruhanjaya perkhimatan awam terlebih dalam perbelanjaan mereka dalam tahun 2010 sebanyak 3.73 billion ringgit. Menurut laporan audit, 93 projek dibawah 20 kementerian melebihi jangkaan sebanyak 6.16 billion ringgit dan 19 projek lagi dibawah 11 kementerian dan jabatan overshot jangkaan sebanyak 1.07 billion ringgit.

Antara yang terdapat dalam laporan audit, Giatmara membayar 1200 ringgit untuk sebijik oven dimana kita dapat beli hanya pada harga 419 ringgit. Harga yang dibayar nak dekat tiga kali ganda harga yang terdapat dipasaran. Terdapat juga pembelian kerusi boleh lipat pada harga 500 ringgit dan ianya bukan dibuat istimewa di Eropah dengan kualiti fabrik terbaik tetapi hanya kerusi lipat biasa yang terdapat dirumah-rumah yang boleh dibeli pada harga 100 ringgit dan mungkin lebih murah di pasar malam.Jabatan taman laut Malaysia membelanjakan 56530 ringgit untuk binocular yang mana seseorang boleh beli binocular sama dipasaran pada harga hanya 2827 ringgit. Satu perbezaaan yang amat ketara sebanyak lebih 50 ribu ringgit.

Dengan segala bukti salah urus dalam kewangan, perlunya pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana bukan sedikit duit rakyat hangus begitu saja. Rasa sudah penat mendengar setiap tahun audit negara melaporkan perkara sama namun perkara sama masih berlaku dalam tahun berikutnya pula. Agaknya kalau mismanagement terus berlaku, adakah tercapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan deficit kurang daripada lima peratus tahun hadapan. Perlunya semua pihak dalam kerajaan berhemah dalam berbelanja dan mengenakan tindakan tegas dan berkesan untuk yang bersalah.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu