Ikut Ayah Ke Kedai Kopi

thinkproperty


Terkenang balik zaman masa kecik dulu memang seronok. Tak ada apa pening nak dirisaukan. Semuanya indah belaka bak dunia ana yang punya.


Masa kecik dulu kalau ibu nak pegi bershopping sakan samada kat Supermarket Bersatu ( sekarang The Store ) takpun kat atas kedai Arkeb MPKB, saya jarang ikut ibu tapi lebih suka follow ayah melepak sambil berborak kat kedai kopi. Syok dengar pasang telinga orang tua borak nih walaupun sang kecik tak tau sepatah haram pun yang mereka cakapkan.

Seingat saya ada tiga tempat yang ayah suka pergi. Yang pertama depan Klinik Jega, kedai dan hotel Mei Ching. Apa yang saya suka kat sini adalah murtabak Halimah. Murtabak dia memang first class. Kat Kota Bharu nie takde sape yang boleh lain kesedapan murtabak Halimah nie. Kadang-kadang saya bedal sampai 2 bijik.

Yang lain lokasinya sekarang dekat Mcdonalds Kota Bharu. Seingat saya dulu area tu berlembah dan atas sebatang pokok tua yang meredupkan dan menyejukkan kawasan sekitar. Kat belakang kedai kopi lama nie pulak tempat dimana traders Padang Bas meparking gerai diorang. Kalau petang-petang, diorang semua ni akan menolak gerai kearah Padang Bas. Seolah-olah annual parade pulak rasanya. Tapi semua tu dah takde selepas kedai kopi itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada unit kedai yang sekarang berdiri megah. Begitu juga annual Parade yang sudah pupus dan diganti dengan shopping complex.

Ade lagi satu saya terlupa kedai kopi yang boleh dikatakan one of his favourite dekat belakang Jalan Parit Dalam. Boleh kata favourite saya jugak kerana tauke kedai kopi nie suka sangat kasi benda free kat saya. Air kotak, air tin, maggi, kek antara dalam list.

Masa berlalu. Saya yang kecik dan dewasa. Ayah yang aktif dulu dah tua. Dah tak berapa larat. Kalau dulu dia yang bawak saya minum kat kedai kopi sekarang giliran saya pulak yang bawak dia. Oklah. Saya nak minum dulu. Nanti sejuk pula kopi susu panas suam nie tak sedap pula.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan