Kuantan Kota Yang Vibrant





10 tahun. Yea, sepuluh tahun lalu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Kuantan. Ketika itu, aku masih lagi bersekolah. Impression aku masa first time sampai ke Kuantan adalah mengagumkan. Terngaga mulut aku melihat betapa bezanya dengan tempat kelahiranku, Kota Bharu. Tempat yang pertama kami tuju adalah Kuantan Megamall. Wahhh...besar bebenor supermarket dia...lagi besar dari Kota Sri Mutiara kat Kota Bharu. Dah nama masa tu kanak-kanak, sudah tentu aku terasa teruja dan excited sebab dapat menjejakkan kaki ke megamall yang serba besar nie. Kami takdelah pula beli apa-apa kat sini Cuma meronda dari bawah sampai atas. Ape dah omputeh panggil ? Oh ya !! Window shopping. Seronok dapat masuk ke outlets yang kat Kota Bharu pada masa tu takde pun lagi. Kiranya kalau ada company nak bukak outlet luar dari Klang Valley dan expanding ke east coast, diorang bukak dulu kat Kuantan, it is make sense kerana pendapatan per kapita penduduk Kuantan lagi tinggi dari bandar dan pekan lain kat east coast. Thanks to flow of investment that create jobs with high salary at Kuantan. Lepas puas window shopping, kami singgah makan kat Kenny Rogers restaurant, first time makan roasted chicken sebab kat Kota Bharu masa tu takde lagi Kenny Rogers. Kalau nak dibandingkan dengan harga satu plate ayam sepuluh tahun lepas dengan sekarang memang beza jauh sangat. Bayangkan masa tu satu plate tu harga dia dalam lingkungan 4 ke 5 ringgit aje. Sekarang, 16 ringgit !!


Saya jugak tak ketinggalan untuk menikmati kesedapan dan keenakan seafood di satu tempat di Kuantan. Untuk bagitau exactly kat mana lokasi kedai makan tu saya dah tak berapa ingat sangat tapi apa yang saya ingat kalau nak pegi ke sana, kena melintasi jambatan Kuantan dan melepasi satu restaurant yang ala-ala senibina melayu yang boleh dikatakan agak famous kat Kuantan. Lepas tu kena masuk lorong menuju kedalam sedikit dan dari kedai makan tu aku masih ingat ianya berlatarkan pantai laut cina selatan.Nak komen makanan kat situ dah tak boleh sebab lupa. Harga lagilah tak tau sebab bukan aku yang bayar. Apa yang aku ingat owner tu lebih kurang macam mintak maaf kat kami semua sebab lambat dalam nak sajikan makanan sebab katanya tak pernah sebelum nie pelanggan datang dalam jumlah yang ramai serentak, dia jadi panic sebab tak cukup kakitangan nak tolong dia malam tu. Betullah sebab kami konvoi berapa bijik keta, nak dekat2 sepuluh. Hahaha, kesian pulak kat owner kedai makan tu.
Puas makan apa lagi boleh buat. Ronda-ronda bandar Kuantanlah, ape lagi. Pegi tengok official resident of menteri besar dan para exconya, makan aiskrim mcdonalds kat pantai Cherating. Pastu balik tido. Badan penat takleh nak angkat. Baring jea terus lelap. Esoknya balik ke Kelantan.
Apa yang saya boleh komen pasal Kuantan nie adalah kurangnya tarikan pelancongan. Kalau dulu memang saya excited pegi ke shopping mall terutamanya kedai mainan. Sekarang, apa yang boleh mendorong saya untuk sekali lagi ke Kuantan ?? Shopping mall ?? Dah tak minat. Food ?? Apa yang unik dan special tentang makanan disana ?? I dont have any idea about delicacies there and I am eager to know, waiting for me to explore. Apa yang menarik ?? Hopefully someone from Pahang has read this and dont hesitate to share with me a knowledge about Pahang. Because I make my mind to once again visit a vibrant city of Kuantan sooooon.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu