Bila Dah Kena Sound Baru Nak Ingat

Aku pernah berseloroh dengan kawan aku pasal lama tak berhubung satu sama lain. Alih-alih aku yang kena sound. Sound kawan aku nie macam nie, lebih pada sindiran tapi pedas la jugak

Dah ko tak penah pun nak call aku, wakpe aku nak call ko pulak, ye tak ??

Eh mamat nie, sindir aku pulak, taulah aku nie spesies yang jarang-jarang nak contact sahabat handai, dalam hati akulah takde lah mengupdatasi kepada kata-kata pulakan. Dan pernah jugak satu kali tu kawan aku yang lain sindir macam nie mase aku call die.

Cam nie ar, kalu takde hal, tak ingat pun aku.

Terkena lagi aku.

Tapi bila aku that time to think, muhasabah diri dan fikir dengan mendalam apa yang diorang cakapkan tu ade betulnya jugak. Kalu kita nak orang selalu ingat kat kita, terlebih dulu, kita kena ingat orang. So, terima kasih banyaklah sahabat yang taknak aku sebut nama korang semua. Korang dah ingatkan aku walaupun hal nie dah lama, dah bertahun. Kerana itu sekarang, aku try the best untuk call sahabat-sahabat aku at least sebulan sekali terutamanya yang tinggal jauh sangat dari aku. Kalau yang dekat tu, alhamdulillah memang selalu buleh jumpa. 

Lupe lak nak bagitau. Maybe ramai yang beranggapan dengan adenya media sosial sekarang seperti facebook dan twitter, memudahkan untuk berhubung dengan sesama kawan tapi bagi aku lebih prefer untuk call untuk dengar suara diorang atau paling koman pun sms sebabnya disitu adenya perhubungan peribadi. Tidak seperti media sosial yang mana orang lain pun boleh jugak nak bagi komen dan aku tak suka begitu. Tapi depend pada masing-masinglah. Cara kita semua berbezakan.

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu