Syoknya Dalam Berblog



Sebab dulu aku suka dan syok bace blog orang lain sampai hari-hari aku bukak blog sama, teringin jugak aku nak ada blog sendiri. Kalau diorang semua boleh buat takkanlah aku takleh buatkan. So, dengan semangat yang jitu dan berbuak-buak, aku determine untuk register dengan Wordpress. Maka, officially, aku dah bergelar seorang blogger. Masa tu seronok bukan main. Aku dah berangan orang berpusu-pusu nak baca blog aku dan tak sabar menanti post terbaru dari aku. 

Yelah, dah nama blogger mentah, sapelah nak bace blog aku. Hari-hari aku check statistic, kosong memanjang kalau ade pun sorang dua. Frustrated betul aku. Bila aku fikir balik manalah ade orang nak masuk kalau aku malas masukkan post baru dan post yang aku letak pun entah apa-apa. Senang cerita, first blog aku tu macam tiada arah, kalau orang bawak keta kiranya tak tahu nak hala ke mana. Memang pun lagu tu sebab aku sendiri pun tak tau ape aku nak concentrate dalam blog aku. Adakah pasal motivasi ?? Atau cerita auto ?? Atau entah apa lagi dalam fikiran aku. Jadi jalan singkat aku ambik, aku letak aje apa yang terlintas nak letak kat dalam blog. Dah lama tu, aku dah rasa low spirit, malas nak update blog, bukan orang bace pun. Tapi aku cakap kat diri aku, takpe try sekali lagi. So aku try sekali dengan mengabandoned blog tu dan daftar blog baru. Kali nie dengan blogspot pulak. 

Masalahnya, kes sama berulang. Lama-lama aku dah malas nak update blog yang nie. Alasan sama, takde orang bace. Kali nie aku berhenti terus dari dunia blogger. Malas lah aku nak pikir nak letak apa kat blog. 

Tapi lepas berbulan aku tinggalkan dunia blog, timbul rasa nak start blog balik. Kali nie aku berazam nak buat betul-betul, tak nak dah macam dulu-dulu, buat malu muka jantan jea kalu asyik surrender bila fail. Ape la aku nie. 

Jadi terlebih dahulu aku wak preparation. Apa sebenarnya tujuan aku nak berblog. Adakah semata-mata bila orang lain ada blog aku pun nak ada blog juga. Atau kerana passion untuk menulis. Aku pilih yang kedua, sebab aku nak menulis dan share dengan orang lain. Seterusnya, dalam skop apa aku nak fokus. Awalnya aku pilih dua. Aku nak fokus pasal negeri aku dan jugak nak share tentang pengalaman yang aku ada. OK, aku dah decide. Dan untuk kali ketiga, aku registered dengan blogspot dan lahirlah blog aku sekarang maafsebut.blogspot.com.

Maka startlah untuk dah banyak kali kerja berblog. Dari yang awalnya aku agak kekok dan kurang pandai dalam penulisan, aku dah kira sikit oklah. Kalau dulu aku kena tulis dulu atas kertas apa yang aku plan nak letak dalam blog, sekarang hal ini dalam secara  spontan. Kalau ada idea terus aku masukkan dalam blog. Kalau dulu hanya ada 2 labels sekarang dah berkembang kepada what'up Malaysia, makan time, story of Kelantan dan aku plan untuk tambah satu lagi dalam permotoran tapi yang nie dalam waiting listlah. Statistik pun aku tak kesah sangat sebab aku syok dapat menulis dan share apa yang ada dengan orang lain. Alhamdulillah kalau dulu nak dapat 100 pengunjung sehari pun susah tapi sekarang flow memang constant dan berganti minggu kunjungan sehari makin naik. Nak kata aku concentrate sangat kat statistik taklah jugak tapi bila aku peghati ramai yang masuk, rasa puas la jugak. Usaha aku selama ni kira berbaloi la jugak. Tak guna jugakkan kalau apa yang kita nak share dengan orang lain tapi orang lain tak sudi nak tengok.

Apa yang sedikit aku cakapkan pasal sesiapa baru nak masuk dunia blog nie. Yang penting kena sabar, sambil berblog sambil tambah ilmu untuk lebih baikkan blog kita. Kena kreative dan nak jugak kena dengan selera orang lain. Kalau kena dengan selera kita tak kena dengan orang lain takleh la jugak, nanti tak pasal-pasal syok diri nie hebat sangat. Belajar dari yang expert. Kenalah rajin-rajin tanya orang yang dah otai dalam dunia blog nie apa tips yang boleh kita pakai. 

Dan yang paling penting kena jaga sangat tatasusila. Memanglah orang tak kenal kita maka dan kurang sensor kat dunia internet, tapi bukan tiket untuk kita untuk sesuka hati tanpa mengira halal haram betul tidak. Kerana apa mungkin sekarang kita terlepas tapi ingat kat sana nanti kita tak terlepas.......

 Dont forget to like me at my facebook page okey !!


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu