Universiti Lim Kok Wing Cawangan Kelantan

[ Post baru ] Tadi sempat ambik gambar kampus Lim Kok Wing University yang akan dibina kat Machang. Tak silap aman diorang baru jea gantung kat Wisma Yakin


[ Post lama ] Universiti Limkokwing berhasrat membina sebuah kampus tetap di Machang, Kelantan sekali gus menjadikan negeri ini hab operasinya di wilayah Pantai Timur.

Naib Presidennya, Raja Aznil Raja Hisham berkata, kerja-kerja awal membabitkan topografi tanah telah dilakukan di tapak kampus berkenaan seluas kira-kira lapan hektar.

Beliau berkata, pembinaan kampus itu yang berkonsepkan mesra alam, merupakan sebahagian daripada perancangan perluasan operasi universiti berkenaan di seluruh negara yang turut membabitkan cadangan membina kampus di Wilayah Iskandar, Johor untuk zon Selatan dan Langkawi, Kedah bagi zon Utara.
“Kos pembinaan kampus berkenaan masih belum dapat diputuskan, ia bergantung kepada reka bentuk kampus yang dijangka mengambil masa selama kira-kira tiga tahun untuk siap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara universiti itu dengan kerajaan negeri Kelantan membabitkan pelaksanaan program pembangunan modal insan di sini.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Majlis MoU itu diadakan sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan 2011 selama dua hari berlangsung di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini.

Melalui perjanjian tersebut, pihak universiti tersebut yang akan beroperasi di bangunan sementara di Wisma Yakin dekat sini, akan mengambil seramai 200 pelajar terutama bekas pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mengikuti program pengajian profesional diploma.

Menurut Raja Aznil, pengambilan tersebut akan dilakukan pada April tahun depan membabitkan kursus-kursus seperti kreatif, animasi, bunyi dan digital bagi tempoh dua tahun.

Beliau berkata, cadangan membina kampus di Kelantan telah lama dirancang mengambil kira peluang yang ada di negeri ini dan kampus yang bakal dibina itu dijangka mampu menampung sehingga 9,000 pelajar apabila siap sepenuhnya.

Mengenai MoU yang ditandatangani, beliau berkata, ia membabitkan pembangunan modal insan di kalangan anak-anak tempatan khususnya bumiputera dari segi industri kreatif.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihak kerajaan negeri akan memilih bekas pelajar terbaik YIK untuk mengikuti program di universiti berkenaan dengan kos pengajian akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan supaya mereka kelak dapat memberi sumbangan ke arah pembangunan negeri.

Sumber : Utusan Malaysia

 

Ulasan

  1. Pembinaan pusat pengajian tidak kira swasta atau kerajaan adalah dialu2kan...terbaik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu