Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Update Sikit Pasal CSR Central Spine Road (Kota Bharu ke Simpang Pelangai)

Imej
Alhamdulillah
Impian oghe kelantan untuk travel secara selesa dan lebih selamat sedikit demi sedikit tercapai dengan berjalannya projek CSR dari Kelantan hingga ke Pahang bersambung dengan Karak. Bukan saja selamat tapi jugak memendekkan masa perjalanan yang sebelum ini mengambil masa 7 hingga 8 jam. Tu time biasa. Kalau time musim cuti sekolah dan musim perayaan, masa perjalanan masa mencecah berbelas jam.
Kat bawah nih adalah fasa CSR belah Kota Bharu ( fasa Pasir Hor ke Kadok)

Kalau tengok pada gambar atas tu memang tengah rancakkan. Piling tu sebab nak buat flyover merentasi jalan kelihatan tu.

Airport Sultan Ismail Petra Akan Dinaiktaraf

Imej
Tahun ni saja pelbagai projek yang bermanfaat kepada rakyat dan mempunyai impak ekonomi yang agak significant diluluskan untuk Kelantan. Antaranya central spine highway menghubungkan kota bharu dan kuala krai (sedang dalam pembinaan) dan jugak pasir mas by pass (sedang dalam pembinaan), yang nih termasuk dengan pelebaran jambatan pasir mas sedia ada. 
Yang terbaru adalah untuk menaiktaraf lapangan terbang sultan ismail petra yang sekarang mengendali 1.8 juta penumpang per annum. Itu melebihi kapasiti max airport iaitu 1.5 juta. Rancangannya untuk menambah kemampuan airport supaya mampu mengendalikan sehingga 4 juta lebih penumpang setiap tahun. 
Maklumat ini didapati melalui MAHB Annual Report 2014. 
Malaysia Airports is also planning for the expansion of other local airports such as the Sultan Ismail Petra Airport in Kelantan, which has already exceeded its 1.5 million capacity. The building will be expanded to cater to four million passengers with a new multi-storey car park and add…

KB update construction part 8 : Aeon Mall Kota Bharu

Imej
Yang ni paling best untuk dikongsi. Tak lama lagi penduduk yang tinggal di Kota Bharu dan jajahan sekitar akan ada pilihan lain selain KB Mall dan Parkson KBTC untuk membeli belah.

Khabarnya nanti disini ada panggung wayang ( kalau ada yang 1st modern cinema di kelantan ). Sudah tentu Aeon Deparment Store adalah tenant terbesar di sini. Kalau dilihat pada susun atur aeon mall, akan ada jugak 2nd largest tenant. Pada pendapat ambo, yang second tu adalah aeon big.




Aeon Mall bila siap kelak


KB update construction part 7: Platinum Mall Lembah Sireh

Imej
Selain Aeon Mall, berdekatan dengannya tengah naik jugak another shopping mall iaitu Platinum Mall. Yang uniknya pasal shopping mall ni adalah konsep wholesale yang akan diamalnya nanti. Senang cite beli borong.





Platinum Mall bila siap kelak

KB update construction part 5 : Ibis Style

Imej
Ini adalah apartment yang berdekatan dengan istana kota lama dan jugak istana baru sultan kelantan. Kenapa saya sebut Ibis Style kerana Ibis Style akan urus hotel/apartment di sini.

Lambat lagi nak siap.



KB update construction part 4 : Tambahan Pada Bazaar Tengku Anis

Imej
Ini pula adalah bangunan tambahan pada Bazaar Tengku Anis. Di tengahnya ada jejantas menghubungkan bangunan baru dengan bazaar.

Ambo tak boleh nak pastikan betul ke tidak sebab yang nih pun ambo dengar dari orang lain. Pizza Hut dan KFC akan bukak disini. Tapi kalau pada pandangan mata kasar ambo, sepertinya sekadar unit kedai biasa jea.


KB update construction part 3 : apartment d perdana sri cemerlang

Imej
Di area sri cemerlang pulak, apartment D Perdana Sri Cemerlang dah hampir siap. Sebab ambo tengok dah mula kerja-kerja mengecat bangunan. Apartment nih agak tinggi. Dalam 28 tingkat. Di area Sri Cemerlang, apartment nih jadi dominant dan sepertinya landmark kat sini. Contohnya kalau tak tahu sri cemerlang kat mana, dengan mudahnya just tunjuk bangunan ini, sebab dari mana-mana memang nampak.


KB update construction part 2 : aparment paloh garden

Imej
Ini pulak adalah sebahagian daripada banyaknya apartment yang tengah dibina di Kota Bharu. Demand tinggi kot sebab tu developer macam lajunya nak buat high rise residential.




KB update construction part 1 : bangunan blok 8, Kota Darul Naim

Imej
Lama dah rasanya ambo tak kongsi pasal construction yang tengah berjalan di kota bharu. So, untuk post kali nih ambo nak kongsi post by post projek yang tengah berjalan di Kota Bharu.
Ini adalah bangunan baru dalam kompleks Kota Darul Naim iaitu blok 8.


Like FB Maafsebut