Fakta menarik Lebuhraya CSR (Kota Bharu - Simpang Pelangai) Yang Wajib Anda Tahu


- Bebas toll
- 4 lorong- sepanjang 390KM + 71KM (KB - Krai)- 40 siap + 60 in progress- 41.5KM sudah boleh digunakan
Projek infrastruktur mega ini adalah sebahagian daripada Perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur, ECER. Skop Kerja adalah membina jalan baru dan menaiktaraf jalan sediada sepanjang 390.0 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang berasaskan jalan 4 lorong 2 hala (4-lane dual carriageway) mengikut piawaian JKR R5. Projek ini telah dibahagikan kepada enam (6) pakej rekabentuk seperti yang tertera di dalam grafik berkembar.



Pakej 3 adalah pakej yang dikenalpasti perlu dilaksanakan segera di bawah RMK 10. Sebelum ini sepanjang 37.5km sudah dibuka dan beroperasi sejak 13 Julai 2015 yang lalu. Pada 15hb Disember 2016 YB Dato Sri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya telah merasmikan segmen tambahan sepanjang 3.85km dari Kg Seberang Jelai ke Kg Kechau, menjadikan 41.35km sudah boleh dilalui.



Pakej Tambahan ini memintas kawasan perindustrian perkayuan Kechau yang agak sesak dan membahayakan menjadikan perjalanan lebih selesa dari Padang Tengku, Lipis, Pahang ke Kg Kubang Rusa sebelum memasuki semula laluan FT08 ke Gua Musang, Kelantan. Anda juga boleh mengetahui status progress lebuhraya dengan membaca post INI 
Sumber : JKR Malaysia
Like Facebook Maafsebut untuk info menarik Kelantan & Terengganu

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan