Siapa Sangka Kelantan Pun Ada Air Terjun Biru

Siapa sangkakan even saya sendiri pun tak sangka even kat Kelantan pun ada juga air terjun yang cukup jernih hinggakan kalau dilihat dari jauh, warna air itu kebiruan menunjukkan pantulan dari langit yang membiru.

Saya dapat tahu pasal kewujudan tempat ini time saya post pasal air terjun kat Chemerong yang viral satu malaysia sebab kejernihan air kat sana. Salah seorang followers Facebook Maafsebut berkongsi akan kunjungan dia dan the geng di satu tempat air terjun yang bagi saya cukup mengagumkan. 




Cantik tak tempat ni ? Cantikan ? Mesti anda semua yang baca nak tahu kat mana ? Actually tempat yang saya tunjukkan gambar diatas dan seterusnya nanti adalah di Chenulang. Chenulang tu kat Kuala Krai. Kalau anda berkunjung kat Chenulang bertanyakan kat mana tempat lata dan air terjun best, confirm mesti diorang tahu. 

Terdapat 3 tempat yang local akan mention iaitu Lata Golok (Paling dekat), Lata Bali dan Air Terjun 7 Tingkat (Paling lawa). Kalau nak pegi kesini saya nak maklumkan awal2 yang sini tak sesuai untuk berkelah family sebab nak sampai kesini memerlukan anda meredah hutan berjam2. Ianya lebih sesuai kepada yang suka aktiviti lasak dan adventurous sahaja. 









Walaupun jauh, ianya memang berbaloi bila anda sampai kat tempat nih. Memang puas hati. Tapi kalau nak pegi pun saya nasihatkan pegi lepas musim tengkujuh. Kalau nak pegi musim sekarang memang berbahaya sebab hujan lebat dan anytime sahaja boleh berlaku fenomena kepala air yang boleh membawa maut. 

Pastikan anda tidak terlepas info menarik dengan Like Facebook Maafsebut !!!

Ulasan

  1. Boleh share location tak kat mne? Mmang kawasan dlam hutan & kene hiking kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu