Tip Jimat Minyak Kenderaan Mudah Yang Ramai Tak Tahu


Kadang-kadang saya nak tergelak bila baca kalau nak jimat minyak kena isi minyak belah pagi atau petang sebab cuaca sejuk so minyak tak meruap. Yeke ?? Bukan ke memang sifat petrol tu sendiri yang meruap bila terdedah diudara ? Lepas tu ade pulak yang rekomen kalau time isi minyak, kena isi perlahan2 baru jimat banyak kerana menurut mereka kalau isi slow2 kuranglah sikit bubble dalam minyak tu. 

Sebenarnya kalau anda nak jimat penggunaan minyak kenderaan mudah sahaja. Takdelah complicated sangat pun. Ianya lebih kepada macam mana kita handle kenderaan kita tu. Tu sahaja. Simple kan ? 

1st anda kena check tekanan angin tayar. Pastikan anda check atleast sebulan sekali adakah tekanan angin dalam tayar mencukupi seperti yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda. Reasonnya, kalau tekanan angin kurang, drag kat tayar tu bertambah, bila bertambah, lebih kuasa diperlukan untuk gerakkan kenderaan anda. Lebih kuasa bermakna lebih pembakaran tenaga berlaku. Simple kan ?

2nd anda perlu pastikan kenderaan anda ringan. Ringan ? Macam mana tu ? Sesetangah dari kita suka sangat menjadikan kenderaan tu sebagai store simpanan kedua selain dirumah. Berat berlebihan kepada kenderaan memerlukan lebih tenaga diperlukan untuk bergerak. Cuba bayangkan menolak berat 10KG dengan berat 20KG mana lagi mudah. Lepas tu kalau anda nak tolak yang 20KG tu bukan ke anda memerlukan lebih tenaga kan ? Bagi kenderaan, kalau lebih tenaga diperlukan bermakna lebih banyak minyak diperlukan untuk pembakaran bagi menjana daya. So Pastikan anda tak jadikan kenderaan tu store yea. Simple kan ?

3rd tutup aircond ketika cuaca sejuk. Untuk pengetahuan anda, on saje aircond sebenarnya menambah 10 peratus penggunaan minyak. 

4th pastikan anda service kenderaan on time. Ramai diantara kita memandang enteng pasal bab service kereta nih. Bagi mereka kalau tak service jimat sikit duit tapi dalam masa yang sama kalau tak service kereta sebenarnya boleh menyebabkan penggunaan minyak meningkat. Senang cite macam nih, kita ambil kipas kat rumah kita. Kalau tak service means kita tak bersihkan atleast sebulan sekali, bukankah kalau kita on kipas angin tu, angin tu tak berapa sangat sebab dah diliputi dengan debu2 yang menebal ? Sama jugak dengan kenderaan kita, kalau tak service regularly, ianya tak dapat berfungsi lebih efficient. Kurang efficient bermakna peningkatan penggunaan minyak. Lebih efficient bermakna kurang penggunaan minyak. Simple kan ?

5th adalah sila buat tabiat bila berhenti kat lampu isyarat, kalau auto, pastikan gear kat mode N. Anda pasti terkejut berapa banyak anda boleh jimat. Simple kan ?

6th elakkan dari memecut dan brake terlalu kerap dan mengejut. Tahukah anda kalau anda memecut melebihi 100KM/H sebenarnya meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 10 peratus. So nak drive takyahlah gelabah dan kalut sangat. Drive jea dengan berhemah.Simple kan ?

Ikuti lebih banyak info menarik hanya di Facebook Maafsebut !!!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu