Selasa, 31 Januari 2017

Perkara-Perkara Wajib Yang Fresh Graduate Selalu Cuai Ketika Buat Resume Sehingga Terlepas Peluang Banyak Temuduga

Kami rasa semua orang actually dah tahu pasal perkara2 yang kami nak sebut nih, tetapi, sepanjang kami memperbaiki resume terutamanya yang baru habis belajar, ada juga yang terlepas pandang akan benda2 wajib ini.

Banyak sebab kenapa mereka tak aware pasal perkara2 yang kami nak sebut nanti. Salah satunya peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang diminta berkurang, ada jugak yang takut tak impressive dan ada juga yang memang terlupa sebab mereka rasa benda ini tak penting.

Untuk kebaikan semua, kami akan kongsikan serba sedikit antara perkara wajib yang mesti ada dalam resume.



1. Nama Penuh
Yang nih kami hairan kenapalah resume tu tak letak nama penuh. Diletaknya nama pelik2. Jadi tak professional lansung resume. Memang boleh letak nama glamour tapi takut nanti menyebabkan kekeliruan pulak. Sebagai contoh, bila HR menelefon reference dan diorang tak kenal pun sama yang HR mentionkan itu. So make sure letak nama penuh dan kalau terlalu panjang, font dan placement boleh dibuat adjustment.

2. Email professional

Sila letak nama email tu yang professional, maksud kami nama anda sendiri ataupun bukan nama email yang pelik seperti babycute ke apa. Kalau HR tengok resume, lepas tu email macam budak2, kebarangkalian adalah tinggi untuk tidak dipanggil interview.

3. Mobile number yang boleh dihubungi.

Sila letak mobile number yang HR boleh hubungi anda. Jangan letak number yang anda dah tak guna atau letak mobile number parents anda sebab yang nak kerja anda bukan parents anda. Tak perlu letak banyak no phone. Just letak 1 pun dah ok. Number phone yang anda selalu gunakan.

4. Pendidikan
Ada yang taknak letak kat mana mereka belajar sebab takut HR tak panggil interview. Lepas tu pulak ada yang terlebih rajin meletakkan semua tempat dia belajar start dari tadika hinggalah tamat universiti. Sebenarnya anda tak perlu mention semua, hanya masukkan tempat terakhir anda belajar beserta bidang.

5. Pengalaman kerja

Ramai yang edit resume ataupun membuat resume dengan kami tak meletakkan semua pengalaman kerja yang mereka ada. Contohnya ada seorang yang buat resume dengan kami nih, terdapat gap selama 2 tahun selepas kerja terakhir dia. So kami tanyalah, awak 2 tahun nih buat apa ? Dia kata dia kerja biasa2 sahaja. Dia taknak letak sebab malu. Bagi kami tak malu sebab ianya menunjukkan anda itu seorang yang rajin dan bukannya menganggur goyang kaki. Even pengalaman kerja jual burger ke, business online ke, just masukkan dalam resume. Memang ini semua meningkatkan kebarangkalian untuk anda dipanggil interview.
Setakat ini dulu kami share serba sedikit yang kami tahu pasal resume nih. Kepada sesiapa yang memerlukan khimat kami dalam memperbaiki resume ataupun untuk buat resume baru, Whtspp kami 0167522320 !! Yang best buat dengan kami adalah kami bagi cover letter dan kami assist anda berkaitan career. Itu membezakan kami dengan orang lain.


Jangan lupa untuk LIKE Facebook Maafsebut untuk update terkini dan terbaik !! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...