Jangan Biarkan Diri Anda Mudah Terpedaya Menjadi Keldai Dadah

Ade beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pon tak lalu bang.


So berikut ada beberapa tips dari saudara Mazlan Zonan yang boleh kita ikuti untuk mengelakkan kita menjadi mangsa berkaitan dengan dadah time travel. Kononnya nak gi makan angin oversea, lastly tak pasal-pasal dituduh keldai dadah.

  1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya...apa lagi yang sudah siap di bungkus.. kalau barang2 baru yang di beli sebaiknya anda bungkus sendiri...supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control.
  2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel.. biar la check in asing2 dan bayar lebih.. kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu... kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la.
  3. Jangan pernah biarkan begpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.. boleh membuatkan anda kehilangan nyawa... kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda... kalau anda lepas beg anda akan di curi.. kalau anda xlepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir.
  4. Jangan berbaik hati offer anda punya space luggage untuk orang2 yang overweight luggage yang berada di depan or di sebelah anda... kalau nak tolong die beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda... even telebih 1 2kilo jgn la bagi depa checkin beg bawah nama anda... kalau 1 2kilo tu semua ganja tak pasal2 masuk bawah akta 39B = mati.
  5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport... kalau ade orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter information atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda... walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang kan.
  6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau.
  7. Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu.
Apa-apa pun kepada mereka diluar sana tu, selama travel, stay safe & jangan baik tak bertempat !! 
Jangan Biarkan Diri Anda Mudah Terpedaya Menjadi Keldai Dadah Jangan Biarkan Diri Anda Mudah Terpedaya Menjadi Keldai Dadah Reviewed by Maaf Sebut on Januari 18, 2018 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.