Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Bajet Kelantan 2019 Ambil Kira Royalti Minyak

Imej
Belanjawan Kelantan 2019 akan ditambah sekiranya kerajaan pusat menunaikan janji untuk membayar royalti minyak dan gas kepada negeri tersebut. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menaruh keyakinan tinggi agar komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed itu direalisasikan. Menurut beliau, bayaran hasil royalti Kelantan yang dimasukkan dalam Belanjawan Kelantan 2019 itu akan dibuat dalam bentuk token terlebih dahulu. “Apabila masuk wang royalti minyak itu, kita akan masuk dalam bajet negeri semula, itu bergantung kepada banyak mana yang dapat diberikan kepada kita. “Kita masukkan dalam bentuk token royalti tetapi tidak angka sebanyak yang sepatutnya supaya ada bekas untuk kita letak, kalau tiada token tiada bekas,” katanya selepas membentangkan Belanjawan Kelantan 2019 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kota Darulnaim di sini pagi tadi. Belanjawan 2019 Kelantan yang bertema Kemakmuran Negeri Kesejahteraan Rakyat

Kerajaan Kelantan Tarik Balik Saman Keatas Petronas

Imej
Kerajaan Kelantan akan menarik balik saman tuntutan royalti minyak ke atas Petronas dan Kerajaan Malaysia yang difailkan  sejak 2011. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini selepas mengambil kira ketetapan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat jawatankuasa Majlis Kewangan Negara. "Antara perkara yang dimaklumkan ketika itu bahawa Kerajaan Persekutuan akan mansuhkan wang ihsan dan bayaran tunai petroleum akan disalurkan kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu. "Jadi kita amat yakin dengan keputusan yang dibuat Dr Mahathir. Tindakan akan diambil Kelantan secara rasmi dengan segera," katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim hari ini. Kelantan memfailkan saman tersebut ketika negeri terbabit ditadbir oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bersama exco kanannya ketika itu, Datuk Husam Musa, Kelantan menyama

Rundingan Nasib Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Masih Berjalan

Imej
nst.com.my Tadi saya terbaca dalam The Financial Daily, kerajaan masih tidak membuat keputusan berkenaan status projek keretapi pantai timur ECRL. Menurut menteri terlibat, kerajaan menerusi MRL masih berbincang dengan kontraktor utama projek iaitu China Communication Construction Co Ltd berkenaan nasib projek ECRL. Sehingga kini sudah 4 kali sesi perbincangan sudah dijalankan sejak Julai yang lepas. Perbincangan adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan kos projek ECRL. Walaubagaimanapun, tiada sebarang persetujuan telah dicapai berkenaan pengurangan kos projek. Menurut menteri terlibat, kos ECRL adalah RM80.92 billion  untuk dibina & kerajaan sudah pun membayar RM19.68 billion dimana RM9.67 billion dibayar untuk kerja yang sudah siap & RM10.02 billion sebagai pembayaran pendahuluan. Pembayaran pendahuluan itu boleh dituntut balik oleh MRL jika projek ECRL dibatalkan. Kerajaan mengerti benefit projek ECRL kepada pembangunan pantai timur, namun kerajaa

Asal Usul Oktoberfest Yang Wajib Anda Tahu

Imej
Penganjuran Oktoberfest 2018 secara besar-besaran di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak, yang dijangka bermula hari ini telah mendapat bantahan dari masyrakat. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penganjuran itu yang disifatkan sebagai satu festival yang mendatangkan kesan buruk kepada imej negara. Namun, apakah sebenarnya festival yang digelar sebgai oktoberfest ini? Untuk mengetahuinya kita perlu menyingkap sejarah asal-usul festival ini. Dan ini sorotan ringkas mengenai sejarah oktoberfest. Oktoberfest asalnya cuma majlis kenduri kahwin Ia bermula pada tarikh 12 Oktober dalam tahun 1810, telah berlangsung buat pertama kalinya apa yang digelar Oktoberfest. Segalanya bermula apabila kerabat diraja Bavaria telah menjemput seluruh penduduk Kota Munich untuk hadir ke pesta rakyat sempena meraikan perkahwinan antara Putera Mahkota Ludwig dengan Puteri Therese. Negeri Bavaria ini terletak di sebelah t

Tiada Sisa Toksik Dihasilkan Oleh Kilang Lynas Di Gebeng

Imej
Lynas Malaysia bukan loji nuklear dan tidak  menghasilkan  sisa nuklear, demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Lynas Corporation Ltd Amanda Lacaze. Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata unsur nadir bumi berkualiti tinggi yang diproses di loji tersebut tidak menganjak paras radiasi di persekitaran. “Amat  penting bagi orang ramai memahami radiasi merupakan sebahagian kegiatan harian kita. Kita terdedah kepada radiasi menerusi banyak cara, contohnya merokok, menaiki pesawat atau kadang-kadang hanya kerana kita merupakan sebahagian daripada persekitaran. “Kami adalah syarikat yang mematuhi undang-undang, kami patuhi semua keperluan lesen, setiap perkara yang kami lakukan berkisar tentang memastikan ancaman sifar kepada orang-orang kami, ancaman sifar kepada persekitaran dan ancaman sifar kepada masyarakat,” katanya. Lynas Malaysia mengoperasikan kilang pengeluaran di Gebeng, Kuantan yang memproses unsur nadir bumi dari lombong Lynas di Austra

Peniaga Asing Berniaga Disebelah Pasar Besar Kuantan Mampu Meraih Beratus Ringgit Sehari !!

Imej
PASAR Besar Kuantan di Jalan Tun Ismail di sini, sememangnya menjadi tumpuan peniaga dan pelanggan menjalankan aktiviti jual beli barang keperluan harian setiap hari. Namun di sebalik keriuhan peniaga dan penjual tempatan menjalankan urus niaga dalam pasar itu, wujud satu lagi ‘pasar’ dikuasai warga Bangladesh di Jalan Pasar dan Lorong Pasar Baru 1 di sini, yang terletak kira-kira 20 meter dari pasar besar sehingga menimbulkan tanda tanya masyarakat sama ada ia menyalahi undang-undang atau tidak. Wartawan yang memperoleh maklumat daripada orang awam menjalankan tinjauan mendapati dakwaan berkenaan berasas apabila warga asing tanpa rasa bimbang menjalankan perniagaan secara haram di kaki lima kedai di situ. Pelbagai barangan dijual ialah sayur, ikan, daun sirih, pinang dan kapur sirih malah ada yang menjual kad tambah nilai prabayar. Tinjauan dilakukan seawal jam 9 pagi mendapati aktiviti perniagaan di kawasan itu dikuasai warga Bangladesh dan pelanggan mereka dalam kalangan

Hanya 8% Wanita Di Malaysia Tidak Menggunakan Telefon Bimbit Mereka Pada Waktu Malam

Imej
Tahukah anda, jumlah pengguna Internet dinegara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia? Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial. Untuk itu, golongan wanita di Malaysia lebih gemar meluangkan masa di laman sosial dalam satu kaji selidik yang telah dijalankan. Wanita profesional di negara ini menggunakan telefon bimbit semata-mata untuk keseronokan peribadi dan bukannya disebabkan urusan lain seperti menjalankan perniagaan. Menerusi kaji selidik ‘Kecenderungan Teknologi: Wanita’ mendedahkan wanita Malaysia menggunakan telefon bimbit untuk berinteraksi di media sosial, menghantar mesej dan panggilan suara, selain urusan perbankan internet. Naib Presiden Pengurusan Produk dan Penyelidikan Pengguna, Telenor Group, Dr Erica Gibson, berkata kajian membabitkan wanita di Asia termasuk Malaysia, Myanmar, Singapura dan Thailand.

Pekerjaan Yang Tak Memerlukan Degree Namun Menawarkan Gaji Tinggi

Imej
Kalau korang takde degree tu janganlah sedih-sedih pulak. Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak kerja yang offer gaji tinggi tanpa memerlukan korang ade degree pun, hanya cukup sekadar ada diploma, sijil kemahiran ataupun setaraf. Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh US Bureau of Labor Statistics, terdapat 40 jenis pekerjaan dengan gaji tinggi tanpa memerlukan anda menghabiskan masa 3 ke 4 tahun untuk mendapatkan degree. 1. Juruteknik Operasi & Kejuruteraan Aeroangkasa (Gaji Median USD 68020) NASA Goddard Space Flight Center/flickr 2. Magnetic-resonance-imaging technologists (Gaji Median USD 68420) Reuters/Stephen Hird 3. Diagnostic medical sonographers (Gaji Median USD 69650)   Robert Couse-Baker/flickr 4. Jurutera Kapal (Gaji Median USD 70570) US Coast Guard 5. Postmasters Dan Penguasa Mel (Gaji Median USD 71670) Paul De Los Reyes/Flickr 6. Inspektor Pengangkutan (Gaji Median USD 72220) Larry W. Smith / Getty Images 7. 

Like FB Maafsebut