Bestnya Menetap Di Kelantan


Ada seorang sahabat, dia tu non Kelantan, bertanyakan saya best ke menetap di Kelantan ? Betul ke Kelantan tu mundur & miskin. Saya hanya tersenyum. Saya tak marah pun dengan pertanyaan itu kerana beliau tak tahu. Beliau tak pernah berkunjung ke Kelantan. Apa yang beliau tahu mengenai Kelantan hanyalah melalui social media yang kebanyakan faktanya adalah tak tepat.




Saya jawab seronok tinggal di Kelantan. Walaupun kat Kelantan tiada wayang, tiada shopping yang besar & gah seperti di KL, tiada taman tema seperti disebelah luar sana, itu semua bukan factor utama. Kalau nak tengok wayang sangat, boleh jea pergi ke Terengganu. Drive tak sampai 3 jam pun. Mall besar ? Nak buat apa ? Kat Kelantan ini dah ada 2 mall Aeon Mall & KB Mall pun dah cukup. Bukannya hari-hari nak gi shopping kat mall tu pun. Apa yang paling membuatkan saya bersyukur adalah kat Kelantan lansung tiada kelab malam atau disko. Itu semua sarang maksiat & Kelantan tidak memerlukan semua itu. Kat Kelantan ini ada banyak tempat menarik untuk beriadah. Sebut jea pantai ke, jeram ke, semua ada. Itu terlebih bagus dari pegi meloncat2 di kelab disko. Dapat pahala lagi.






Nak tahu kenapa Kelantan digelar negeri serambi mekah ? Bukan saja-saja yea Kelantan mendapat gelaran sedemikian. Sejak dari dulu lagi Kelantan terkenal sebagai tempat untuk menimba ilmu agama sehinggalah sekarang. Setiap pagi jumaat di Medan Ilmu Kota Bharu, penuh dengan warga Kelantan yang khusyuk menadah telinga mendengar ceramah agama dari para ustaz dan mereka yang alim akan ilmu agama. Keadaan sedemikian tidak dapat disaksikan disebelah luar. Hanya ada di Kelantan.

Makanan kat Kelantan pun sedap-sedap dan ianya berbeza dari luar sana. Famousnya makanan Kelantan ini sehinggakan cukup mudah untuk ditemui di kota-kota besar seperti di KL & JB. Tetapi sudah tentulah yang originalnya berada di Kelantan. Favourite saya sudah semestinya ulam budu. Simple tetapi dalam waktu yang sama cukup sedap.




Bestnya jugak menetap di Kelantan ini kerana kat sini tak sesak dan rushing seperti di kota besar lain. Semua kat sini still dalam mode yang santai. Keluar keje tak jem. Balik keje pun tak jem. 10 minit dah sampai rumah. Lepas tu ada lagi masa nak beriadah dengan family. Kalau kat kota besar saya rasa diorang kat sana takde kemewahan macam ini.

Orang-orang kat Kelantan nih pun bukan saja cantik akhlaknya tetapi jugak rupa parasanya. Kalau lelaki tampan orangnya. Kalau perempuan lawa orangnya. Ini pun sebab kenapa bestnya menetap di Kelantan.


Sebenarnya kalau nak bagi sebab kenapa bestnya menetap di Kelantan ini sampai bila-bila pun tak akan habis kerana terlalu banyak sebab. Tambahan pulak kerana saya lahir dan membesar di Kelantan. Walau buruk macam mana pun negeri saya, walau cantik macam mana pun tempat lain, hati saya tetap untuk Kelantan. Saya rasa semua orang Kelantan bersetuju dengan saya ini. Kalau tak takkanlah berapa ramai warga Kelantan yang bekerja di luar sana kalau diberi peluang sememangnya mereka semua mahu balik menetap di Kelantan. Betul tak ?


Bestnya Menetap Di Kelantan Bestnya Menetap Di Kelantan Reviewed by Maaf Sebut on Disember 21, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.