Hebat !! Anak Penoreh Getah Di Terengganu Hadiahkan 13A PT3


Ahmad Idham Abdul Rahman, 15, yang merupakan anak seorang penoreh getah menghadiahkan keputusan cemerlang kepada ibu bapanya dengan berjaya mendapat 13A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018.

Katanya, antara faktor kejayaannya adalah dorongan kuat untuk membantu ibu bapanya kerana mereka bukan daripada keluarga yang senang.

"Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa kerana saya yakin mereka tidak henti-henti mendoakan saya setiap masa walaupun tanpa pengetahuan saya," ujarnya ketika ditemui pemberita di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang hari ini.

Malah, Idham merupakan pelajar Kelas Tamayyuz Sekolah Menengah Agama Marang, di mana diwajibkan pelajar kelas tersebut menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa beberapa tahun.

"Setakat ini, alhamdulillah, saya sudah menghafaz 10 juzuk al-Quran, dan kejayaan ini juga adalah berkat daripada menghafaz al-Quran itu sendiri," jelasnya.


Idham yang tinggal di Kampung Batangan adalah anak bongsu daripada sembilan adik-beradik kepada pasangan Abdul Rahman Abdullah, 60, seorang penoreh getah dan Zainab Taha, 51, seorang suri rumah sepenuh masa.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan