Hebatnya Neelofa !! Beliau Disambar Agensi Model & Bakat Di London


PENGACARA rancangan MeleTOP, Neelofa secara rasminya telah menandatangi kontrak bersama sebuah agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models di London baru-baru ini.

Berita ini diumumkan oleh laman Instagram rasmi Established Models, @estmodels.


"Welcoming THE social media queen to the Established family! As well as leading the way on social, @neelofa is a successful entrepreneur, actress and TV host having appeared in a number of blockbusters, hosted TV shows and produced her own reality show. Is there anything this Malaysian beauty can’t do?" tulis laman Instagram terbabit.


Difahamkan, menerusi perjanjian kontrak terbabit, Neelofa dan pihak Establishes Models berbincang dan merencana kerjaya Neelofa di sana untuk tahun 2019.

Dalam pada itu, pemenang Dewi Remaja 2009/2010 ini bersama pihak agensi berkenaan telah berjumpa dengan klien berpotensi seperti Bently, Debenham dan beberapa hotel di London.


Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan yang 2019 akan menjadi tahun yang baik untuk Neelofa, baik dari segi rencana seni dan perniagaan.

Neelofa turut berkongsi perkara terbabit di laman Instagram miliknya.


Sumber : Astro Awani

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan