Nasi Kukus Warisan: Nasi Kukus Paling Power Di Kelantan



Kalau ada orang yang bertanyakan saya dimanakah kedai yang menjual nasik kukus paling sedap di Kelantan, saya tanpa ragu-ragu akan jawab Nasik Kukus Warisan di Jalan Kebun Sultan.

Pemilik Nasik Kukus Warisan, Abang Nasir adalah anak kepada pemilik Nasi Kukus Zakini (pelopor atau mat saleh oyak pioneer Nasik Kukus di Kelantan pada tahun 1960an iaitu 50 tahun yang lalu). Setelah lama bekerja bersama Kedai Nasik Kukus Zakini, Abang Nasir telah membuat keputusan berani membuka gerai beliau sendiri di jalan Kebun Sultan pada Februari 2002.




Abang Nasir bagitau saya, time awal perniagaan beliau, memang customer tak berapa ramai, tetapi selepas 4 bulan berniaga, Nasik Kukus Warisan kepunyaan Abang Nasir mula menjadi sebutan ramai kerana kuahnya yang pekat & sambal yang super best.






Nak oyak betapa glamernya gerai Abang Nasir kita nih, selepas sahaja gerai dibukak selepas Asar, pelanggan mula beratur panjang sehinggalah gerai ditutup dalam pukul 10 malam.

Berkongsi kejayaan gerai Nasik Kukus Warisan ini, Abang Nasir berkata HONEST & memasak seperti mana kita sendiri makan adalah kunci kenapa nasik kukus jualan beliau laris seperti pisang goreng panas.


Jom baca Kedai Kak Mah Sate 3 Machang : Kisah Kejayaan Anak Muda Kelantan

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu