Peniaga Kelapa Di Kuala Terengganu Ini Raih Pendapatan RM1200 Sehari


Peniaga kelapa mampu memperoleh untung berganda apabila permintaan makin bertambah menjelang Aidilfitri.

Seorang peniaga kelapa, Wan Mohd Shukri Wan Muda berkata, biasanya dia akan menjual 1,000 biji sehari tetapi menjelang Aidilfitri permintaan meningkat sehingga 2,000 sehari.


“Permintaan kelapa akan meningkat lagi menjelang dua atau tiga hari sebelum tibanya Aidilfitri apabila ia menjadi bahan utama dalam masakan musim perayaan,” katanya yang berniaga di Pasar Chabang Tiga.

Kata Wan Mohd Shukri, dia perlu  menyediakan stok kelapa lebih 10,000 biji bagi memenuhi permintaan.

“Saya perlu sedia bekalan yang cukup supaya pelanggan tidak merungut,” katanya.

Dia yang mengusahakan perniagaan warisan keluarga sejak 25 tahun lalu itu memulakan perniagaan seawal jam 4 pagi dan berakhir 6 petang, mengakui mampu memperoleh RM1,200 sehari.


“Bagi memenuhi permintaan pelanggan pembekal terpaksa mengimport kelapa dari Indonesia kerana bekalan daripada pekebun tempatan tidak mencukupi,” katanya.

Sebiji kelapa dijual pada harga RM2 manakala kelapa parut RM6 sekilogram dan santan pula pada harga RM8 sekilogram.

Walaupun berniaga kelapa mampu beroleh pendapatan lumayan, namun kata Wan Mohd Shukri perniagaannya juga berdepan risiko apabila bekalan kelapa diterima rosak atau jika berlaku gangguan bekalan elektrik di pasar itu.



“Apabila ada gangguan bekalan elektrik menyebabkan kelapa tidak dapat diproses menjadi santan dan kelapa parut..oleh itu saya hanya bergantung pada pelanggan yang datang membeli buah kelapa yang tidak diproses.

“Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pendapatan,” katanya.

Wan Mohd Shukri turut dibantu 12 pekerja dalam menyediakan santan dan kelapa parut yang diminta pelanggan.

Sumber Sinar Harian

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu