Projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Di Terengganu RM270 Juta

Projek `Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Diperingkat' (EM-IIG) yang melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut dari hab internet antarabangsa Hong Kong bernilai RM25 bilion bakal menjadi pelengkap kepada prasarana di Terengganu.

Pemasangan kabel gentian fiber optik di Terengganu sepanjang 350 kilometer bernilai RM270 juta untuk fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada November 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan pelabur, Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd untuk membangunkan projek pemasangan kabel gentian optik dasar laut berkelajuan 150 Terabait di Terengganu, yang pastinya di luar kemampuan kerajaan negeri.


Projek yang menawarkan internet jalur lebar berkelajuan tertinggi di dunia dengan kadar harga terendah, bakal memberi manfaat sekurang-kurangnya 2,000 kontraktor Bumiputera termasuk di Terengganu.

Projek dibangunkan oleh Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd melibatkan jarak 110,000 km itu dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa pertama meliputi kawasan dengan jarak 33,000 km di bandar utama negara ini sebelum diperluaskan di kawasan luar bandar dan pedalaman, turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah.

Pemasangan kabel gentian turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah turut memasuki perairan Malaysia akan melibatkan enam stesen pendaratan kabel (Cable Landing Station) di Bintulu, Sarawak; Papar, Sabah; Pengerang, Johor; Batu Kawan dan Batu Maung, Pulau Pinang dan Tok Bali, Kelantan.

Sumber : teganukita.net

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu