Budak Terengganu Ini Kini Popular Kerana Kerbau




Budak Terengganu Ini Kini Popular Kerana Kerbau

Sumber fb Syukor Khamis - Kampong Boy

Sejak semalam, tular beberapa foto seorang budak lelaki bermanja bersama kerbau. Bagi orang ramai, foto-foto tersebut bukan sahaja cantik malah menyentuh hati dengan melihat reaksi sponton budak lelaki tersebut yang bernama Mohd Syukur Khamis, 14 tahun.

Foto tersebut telah dirakam oleh jurugambar dikenali sebagai Dollah Deen Photography yang berasal Kelantan tetapi bekerja di Kuala Terengganu. Manakala lagi seorang jurugambar bernama Mohd Nazri Sulaiman, berasal dari Johor dan berkahwin dengan orang Kuala Terengganu.




Tak Sangka Aksinya Dengan Binatang Jadi Tumpuan Dunia Luar

Menurut Mohd Syukur Khamis, budak lelaki yang ligat bermain dengan kerbau dalam foto yang tular di sosial media berkata bahawa dia tidak menyangka aksi manjanya bersama haiwan itu telah membuatkannya terkenal sehingga ke luar negara.

Sumber fb Syukor Khamis - Kampong Boy

Mohd Syukur berkata

Tak pernah terlintas di fikiran minat dan kelebihan saya bermanja dengan kerbau membuatkan saya terkenal sehingga ke luar negara.

Tambah Syukur atau lebih mesra dengan panggilan Kur, berkata dia sudah terbiasa menemani bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk. Oleh sebab itu hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat. Haiwan itu juga seperti taat dan mendengar kata, serta mengikut segala arahan Kur.


Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa.


Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung memilih kerbau kerana jumlahnya yang banyak sehingga lebih 100 ekor.

Syukur Sangat Rapat Dengan Haiwan

Sumber fb Syukor Khamis - Kampong Boy

Menurut Kur, lembu dan kerbau yang rapat dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy, dimana haiwan ini boleh bergaul dengan Kur seperti manusia, ada juga yang tidur bersama ketika kecil.


Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya menyusukannya setiap hari dan menjaganya sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya dan sering menjadi teman ketika fotografi bernama Awang juga sudah mati.

Syukur Tak Pernah Meminta Bayaran Untuk Ditangkap Gambar

Sumber fb Syukor Khamis - Kampong Boy

Selain itu, Kur turut berkata walaupun sering didatangi jurugambar yang ingin merakam gambarnya, tetapi keluarganya tidak pernah meminta sebarang bayaran, malah mereka tumpang gembira apabila jurugambar memenangi pertandingan antarabangsa.


Cuma kebanyakan jurugambar ada memberi ‘tips’ dan jika ada saya terima, jika tak ada pun tak mengapa. Saya bersyukur kerana dengan kelebihan saya ini, sehingga kini saya dapat menyimpan kira-kira RM1,000 hasil ‘tips’ yang diterima,” katanya yang bercita-cita menjadi penternak.

Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah.


Sejak dari tahun 2016, Kur telah mendapat perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India.

Sumber Ohbulan & Berita Harian

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu