Cerita Anak Kelantan Tolong Anak Kelantan




Cerita Anak Kelantan Tolong Anak Kelantan


Betullah orang bagitau warga kelantan nih kalau disebelah luar bersatu hati, tolong menolong antara satu sama lain.

Tak percaya ??

Baca kisah brader nih, Danial Hasif (dari facebook beliau) yang terserempak dengan brader Kelantan dalam perjalanan beliau ke Chenor

Assalamualaikum... Harini cerita sedih sikit .. Kisahnya harini aku ride nk pegi chenor .. Tujuannya nk pegi hantar moto. So aku sruh kawan aku bawak kereta sebijik follow blakang .. Jadi jumpa laa abg ni dekat tol gombak dia jalan kaki .. Aku masatu tunggu kawan aku yg naik kereta ni kat BHP gombak.. Dia ni org kelantan lah. masa aku tengah tunggu kawan aku tuh dia tengok plat moto aku "D" jadi dia tahu la aku ni pun klantan so xmalu la dia nk tegur kan.. Dia nk pinjam fon nk call bini dia aku bgi laa tapi bini dia xangkat .. Lpastu dia mseg .. Aku tnya dia nk pegi mana ? Dia ckp nk balik kelantan sbb ayah dia sakit .. Lpastu aku ckp la xkn jalan kaki kot bang? Dia ckp dia tawakal je mana thu boleh tumpang lori/bas yg nk ke kelantan jugk .. Dia pun mula laa cerita kisah hidup dia ni . Dia dulu maritim . Tapi pencen awal sebb kena santau masa kerja dekat sarawak dulu .. Dia ade tunjuk ic/dengan kat pesara dia kat aku.. Sbb dia takut aku xpercaya .. Aku ckp kat dia kenapa abe x naik bas ? Dia ckp duit ada rm2 je sbb baru sebulan duk kl kerja pun xdapat lagi .. Masa dia nk teruskan jalan kaki tu aku sruh dia naik dengan kawan aku . Aku hntar dia sampai bentong je sbb aku nk pegi arah lain . Kami hulur sedikit sumbangan dapatlah buat makan dengan tumpang bas sampai kelantan . Dia ni orang lati pasir mas .. Sekian.. Dalam kita susah ade lagi yang susah ingt tu geng

Murah hati sungguh beliau. Tiada yang mampu membalas kebaikan yang dilakukan melainkan Allah swt.




Follow & like Page Facebook Maafsebut untuk info menarik kelantan terengganu pahang !!




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia

Nasi Kandar Paling Sedap Di Kota Bharu

Comelnya Putera Sultan Kelantan Ini