Menteri Besar Terengganu Bermotosikal Temui Rakyat Jelata




Menteri Besar Terengganu Bermotosikal Temui Rakyat Jelata


Kesederhanaan sebagai pemimpin negeri terserlah apabila Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sanggup bermotosikal untuk menemui rakyat bawahan termasuk pemimpin peringkat akar umbi di kawasannya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, kelmarin.

Program turun padang menemui kepimpinan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN antara tugas yang tidak boleh diabaikan oleh ADUN seperti beliau.



Ia bertujuan untuk mengenal pasti perjalanan dan permasalah pengurusan di peringkat bawah sekal igus menanganinya dengan baik.

Beliau turut mengadakan sesi dialog dengan kepimpinan DUN Rhu Rendang untuk mendapatkan tindak balas bagi melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan kepada pihak terbabit.

Dengan itu, Dr Samsuri berupaya menyelami sendiri bagaimana perjalanan pentadbiran akar umbi itu dilaksanakan mengikut dasar dan polisi negeri yang ditetapkan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).


Dengan bermotosikal, beliau kelihatan seperti seorang pemimpin rakyat yang turut merasai susah senang mereka dan diterapkan inspirasi ini dalam pentadbirannya.

Walaupun tidak boleh dibandingkan dengan sifat kerakyatan yang ada pada Khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, namun kesederhanaan yang diserapkan pemimpin negeri dalam apa jua keadaan menunjukkan bahawa kerajaan baru di bawah Dr Samsuri sentiasa bersama merasai denyut nadi rakyat Terengganu.

sumber teganukita.net



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu