Stesen Minyak Pasir Mas Cemas Kerana Dakwaan Ada Bom !!




Stesen Minyak Pasir Mas Cemas Kerana Dakwaan Ada Bom !!

pix berita awani

Pelanggan dan kakitangan sebuah stesen minyak di bandar Pasir Mas Kelantan dikejutkan dengan teriakan seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom di dalam kereta yang dipandunya ketika berhenti di sebuah stesen minyak di sini malam Rabu.




Susulan teriakan lelaki tersebut, kakitangan stesen minyak berkenaan terus menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat bom dalam kereta di stesen minyak berkenaan.

Namun, hasil pemeriksaan polis dan Unit Pemusnah Bom tidak menjumpai sebarang jenis bahan letupan dalam kereta Perodua Axia yang dipandu oleh lelaki berkenaan.

pix berita awani

pix berita awani

Pihak Polis turut menahan dan merakam percakapan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  Pasir Mas bersama dua jentera turut ditempatkan berhampiran stesen minyak berkenaan sepanjang unit pemusnah bom memeriksa kereta berkenaan sebelum mendapati kenderaan terbabit bebas bom.




Kereta berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut manakala kawasan stesen minyak berkenaan disahkan selamat.

Sumber Berita Awani




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu