Tak Jadi Bertunang Sebab Si Lelaki Adalah Orang Kelantan


Apa salahnya jadi orang Kelantan ? Hina sangat ke jadi orang Kelantan ? Kelantan nih bukan dari negara Malaysia ke ?

Namun itulah nasib yang menimpa kepada seorang jejaka Kelantan, Muhammad Khairunnaim, dimana pertunangan cancel hanya semata-mata dia seorang anak Kelantan. Kisahnya viral di Twitter kerana dia mahu memberi cincin pertunangan secara percuma kepada bekas kekasihnya itu.




Hasratnya untuk bertunang pada Oktober ini selepas hubungan cinta terjalin selama enam tahun terputus di tengah jalan berikutan campur tangan keluarga bekas kekasihnya.

Selain didakwa tidak menghormati dirinya dan keluarga terutama ibu bapanya, punca keretakan hubungan mereka juga disebabkan bekas kekasihnya itu tidak sukakan orang Kelantan.

Mengakui kecewa hubungan cinta selama enam tahun dibina selama enam tahun berakhir begitu saja, namum dia akur dengan apa yang berlaku.



Apa pun diharap Khairunnaim akan bertemu jodoh yang lebih baik di masa akan datang. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan lebih berkuasa menentukan.





Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia

Nasi Kandar Paling Sedap Di Kota Bharu

Comelnya Putera Sultan Kelantan Ini