Ceritera Blog

Sungguh saya katakan, saya teruja dan kagum membaca artikel-artikel hasil typing bloggers di alam internet. Tak kiralah ianya berkaitan tentang apa. Bermula dari kupasan tentang kereta, architecture seantero benua, gossip artis dan pelbagai lagi yang memang terlalu banyak untuk diberi contoh satu persatu disini sehinggalah hal ehwal politik tanah air yang popular bukan sahaja dikalangan kaum muda tapi juga kaum tua. Kehebatan dan pengaruh blog yang mampu membuatkan seseorang panas punggung sehinggakan menjatuhkan kerajaan yang dilihat tidak berkemampuan. Lihatlah sendiri apa yang boleh dilakukan oleh wikileads (saya bukan peminat dan pemuja blog ini cuma berkongsi impak besar yang dibawa blog ini). Seantero dunia digegarkan dengan pendedahan yang dianggap secret dikalangan diplomat Negara sehingga apa yang boleh disaksikan sekarang semua Negara mula mengambil tindakan berhati2 terutamanya membincangkan isu Negara lain. Kerana apa? Takut nanti menjejaskan survival Negara terbabit terutamanya dari segi perdagangan antara Negara dan sudah tentu isu keselamatan.

Dinegara kita yang amat disayangi sekali ini juga, boleh dilihat macammana blog memainkan peranannya. Tak kisahlah dari parti dari pakatan atau barisan, semuanya tidak mahu kalah dalam perang siber ini. Blog secara sedikit demi sedikit menjadi sumber utama untuk hal ehwal semasa dalam Negara. Ditambah pula dengan hilangnya keyakinan pembaca suratkhabar konvensional atau tradisi yang dianggap menjadi alat untuk sesetengah pihak yang berkepentingan. Malangnya dan sedihnya bukan semua bloggers jujur, sopan dan benar dalam apa yang disampaikan. Bukan lagi satu rahsia bagaimana kata-kata kesat dan dusta diposted untuk sajian pengunjung blog. Entah betul entah benar apa yang dipostedkan itu. Kadang-kadang tidak lebih hanya bohongan cerita sensasi semata-mata. Hal ini lebih jelas pada blog politik walaupun bukan semuannya huduh. Ada juga yang menganalisis dan memberi pendapat dengan anggaran tidak tercondong kemana2 pihak. Yang ini memang aku tabik. Sanggup berkata benar walaupun pahit macam peria dicampur garam. Hinggakan ada yang mungkin kehilangan kerja atau ditangkap kerana artikel tersiar. Tapi terserah kepada pengunjung blog itu sendiri membuat pertimbangan bijak. Bukankah islam menyuruh umatnya menyiasat dahulu bila sampai kepadanya satu berita? Indah sungguh islam ini.

Akhir kata, selamat mengunjungi blog dengan lebih hikmah dan smart.


nota kaki: Ade yang mendakwa mampu mendapat pendapatan lumayan hingga 5 angka bulanan.Memang menarik tapi agak2nya berapa lamalah baru sang blogger tu dapat pendapatan banyak tu

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu