Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Brader Nih Jual Nasik Ayam RM1.90 Untuk Bantu Orang Ramai Especially Yang Anak Ramai

Imej
Bukan mudah untuk menjual makanan dengan harga yang murah di zaman yang serba mahal ini, namun peniaga nasi ayam bajet di Gerai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) masih mampu menjual sepinggan nasi ayam berharga RM1.90 sepinggan. Menurut Dzaul Kafli, 36, dia bersama isterinya Nur Zara Kassim, 38 menjual set nasi ayam dengan harga murah adalah untuk mengurangkan beban pelanggan terutama mereka dikalangan golongan B40. Katanya lagi walaupun untung diperoleh untuk sepinggan nasi ayam hanya 10 sen sahaja namun mereka menjual dengan harga murah daripada kebiasaan kepada pelanggan yang mempunyai ahli keluarga ramai. “Walaupun untung hanya 10 sen, tetapi saya bersyukur dapat mengenyangkan perut pelanggan terutama dalam kalangan golongan B40 (berpendapatan terendah). “Jadi saya perkenalkan harga jimat bagi memberi ruang kepada mereka merasai set nasi ayam murah tanpa perlu berkongsi,” katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, dia mengecilkan sedikit ukuran potongan ayam p

Perempuan Kelantan & Pahang Ditahan Tawar Khimat Seks Di Terengganu

Imej
Polis menahan dua wanita tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Batu Buruk di sini malam semalam. Kedua-dua suspek masing-masing berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan di dalam bilik berasingan di hotel tersebut. Kedua-duanya yang berasal dari Kelantan dan Pahang itu ditangkap sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang membuat serbuan ke hotel berkenaan kira-kira jam 10.30 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM1,200 dipercayai hasil aktiviti persundalan. "Kita turut merampas beberapa barangan antaranya kondom yang sudah dan belum digunakan, dua buah telefon bimbit, pakaian dalam milik mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini. Menurutnya, berdasarkan siasatan kedua-dua wanita itu mencari pel

Maya Karin Lansung Tiada Niat Nak Perlekeh Orang Terengganu

Imej
Maya Karin menjelaskan dia tidak berniat memperlekehkan sesiapa dalam statusnya di Twitter yang tular mengenai kanak-kanak berusia 10 tahun di Terengganu tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Maya, 39, menegaskan kenyataan dibuat itu adalah secara umum untuk mengutarakan isu mengenai kesamarataan pendidikan terutama dalam kalangan pelajar muda. “Saya tak ada niat memperlekehkan sesiapa. Saya bukan fokus orang Terengganu, kebetulan saya berbicara di universiti di Terengganu. “Fokus saya adalah mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar muda kita. Saya tidak pernah sebut mengenai tahap kebijaksanaan,” katanya di Twitter. Salam.. 1) Saya tak ada niat memperlekehkan sesiapa 2) Saya bukan focus pada orang Terengganu, kebetulan saya berbicara di University di Terengganu. Fokus saya adalah mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar muda kita. https://t.co/2xQZxFyh6Y — Maya Karin (@maya_karin) October 6, 2019 Disebabkan status berkenaan, kenyataannya menjadi perdebat

Terengganu Paling Ramai Genius

Imej
Terengganu menjadi negeri paling ramai mempunyai pelajar genius malah rekod kecemerlangan itu dilihat konsisten untuk beberapa tahun sejak ujian penentuan indeks genius dijalankan. Bagi tahun 2017, seramai 55,035 pelajar menduduki ujian penentu indeks genius peringkat satu yang dikenali sebagai Ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1. Daripada jumlah itu seramai 1,128 orang atau 12 peratus pula berjaya ke ujian peringkat kedua yang dikenali sebagai Ujian UKM 2. Menurut Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, pihaknya mengumpul data pelajar berkenaan termasuk struktur demografi dan latar belakang keluarga mereka bagi menjalankan satu kajian khusus. “Sudah beberapa tahun negeri itu mendominasi statistik pelajar genius paling ramai dan ia konsisten bagi tiga tahun kebelakangan ini termasuk pengambilan pada tahun ini. “Rata-rata pakar dan pensyarah membuat andaian, amalan pemakanan mereka yang memak

TV3 Mohon Maaf Siar Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Dalam Bahasa Mandarin

Imej
Semalam, kecoh apabila Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching memberi kenyataan dalam bahasa Cina yang disiarkan menerusi saluran berita Buletin Utama TV3. Namun, beliau melahirkan rasa terkilan atas salah faham itu dan meminta agar pihak televisyen memberi penjelasan. Terbaru, pihak TV3 memohon maaf kepada Nie Ching berhubung penyiaran klip video berita itu. Mereka perlu membersihkan nama saya Petikan kenyataannya yang berbahasa Cina yang disiarkan menerusi berita jam 8 malam itu mengundang kecaman dan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya menganggap pemimpin ini tidak menghormati negara sendiri kerana berbahasa Cina. Namun begitu setelah selesai menjawab soalan, saya diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin. Mereka perlu memberi penjelasan bagi membersihkan nama saya. Menurut Nie Ching, pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu. Namun diminta menjawab dalam bahasa Cina untuk digunakan dalam Ber

UMK Akan Bina Telaga Tiub Untuk Mengatasi Masalah Gangguan bekalan Air

Imej
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan pelan jangka panjang bagi menangani gangguan bekalan air khususnya di kampus Bachok dengan membina dua telaga tiub serta sistem penapisan air bernilai RM400,000 bagi mengatasi gangguan bekalan air. Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata projek pembinaan tiub itu akan dibina dalam tempoh terdekat dan dijangka dapat membekalkan air kepada 2,300 penuntut di UMK Kampus Bachok. "Gangguan bekalan air ketika ini berlaku sejak Aidilfitri lalu sama ada berpunca daripada tekanan rendah atau terputus bekalan air. Pengguna yang terjejas ialah di penginapan IBS (Asrama) UMK Kampus Bachok, pegawai dan staf di bangunan Canselori yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Dr Noor Azizi berkata pembinaan telaga tiub cetek yang disediakan tidak mampu menampung keperluan air kepada pelajar dan staf yang mencecah 7,000 orang dalam masa beberapa tahun lagi. "Bagi mengatasi masalah terbabit dua

Komen Dr Jomo Tentang ECRL Hanya Pendapat ‘Orang Ekonomi’

Imej
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato seri Ahmad Samsuri Mohtar menyifatkan komen Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram terhadap Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pandangan beliau adalah berdasarkan kemahiran. Tetapi menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan politik yang berbeza. “Pandangan Profeser Jomo itu  adalah  pandangan seorang ahli ekonomi  dan kalau kita tanya ahli ekonomi yang lain (pun) ada pandangan yang berbeza, sama seperti yang berlaku di Amerika. “Jadi pada saya  ahli-ahli ekonomi seperti  Profeser jomo  sebenarnya ada pendapat dia  berbeza dengan ahli ekonomi yang lain,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, semalam. Oleh itu, kata beliau, Negeri Terengganu mengambil beberapa pandangan yang sesuai dengan kedudukan semasa dan perancangan serta kehendak kerajaan. “Jadi pada saya

Kerajaan Kelantan Sedia Bincang Isu Tebang Pokok Getah Di Rantau Panjang

Imej
Sumber utusan malaysia Kira-kira 348 peserta rancangan pemulihan tanah Felcra Bukit Tandak dekat sini menarik nafas lega apabila kerajaan negeri sedia bersemuka bagi membincangkan isu penebangan pokok getah di kawasan berkenaan yang bermula semalam. Wakil peserta, Mat Inun Jusoh, 60, berkata, pertemuan itu membabitkan mereka yang terlibat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Datuk Mohamed Awang. Menurutnya, peserta turut gembira selepas pihak kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja penebangan turut memberhentikan kerja tersebut sementara waktu. Katanya, peserta merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak kontraktor. Semalam Sinar Harian melaporkan peserta rancangan pemulihan tanah Felcra Bukit Tandak dekat sini mendakwa hilang punca pendapatan apabila tanaman getah seluas 689 hektar yang menjadi sumber rezeki utama ditebang oleh kerajaan negeri. Lebih memeritkan lagi, peserta mendakwa pokok getah yang

Bil Elektrik Akan Tentukan Siapa Akan Mendapat Subsidi Petrol 95

Imej
Kerajaan bercadang menggunakan bil elektrik bagi menentukan golongan yang layak menerima subsidi petrol RON95. Memetik laporan Sin Chew Daily, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, hanya golongan dalam kategori B40 dengan bil elektrik bulanan antara RM100 dan RM200, layak mendapat subsidi tersebut. "Penggunaan bil elektrik ialah hanya sebagai rujukan," kata Chong dalam satu temuramah eksklusif dengan surat khabar itu. Katanya, cadangan bagi mekanisme itu akan dibawa ke Kabinet bulan depan. Menurut Chong, mereka yang layak boleh pilih untuk menikmati subsidi bulanan sebanyak RM30 atau subsidi sebanyak 30 sen untuk setiap liter petrol RON95 sehingga 100 liter setiap bulan. Bagi penunggang motosikal, subsidi akan diberi sebanyak RM12 setiap bulan. Tambahnya, wang akan dimasukkan terus ke akaun penerima. Mekanisme subsidi bersasar bagi minyak petrol RON95 sebelum ini dicadangkan untuk dilaksanakan pa

34 Ekor Lembu Berenang Di Tumpat

Imej
Taktik membawa masuk lembu dari negara jiran dengan berenang melalui Sungai Golok berjaya dihidu pihak berkuasa apabila sebanyak 34 ekor lembu bernilai RM136,000 dirampas dalam satu serbuan di Kampung Mentua di sini semalam. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat diterima daripada anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat sebelum membuat serbuan di sebuah premis di kampung berkenaan di sini. Menurutnya, lembu terbabit dibawa berenang menerusi Sungai Golok ke negara ini sebelum ditarik sejauh 900 meter untuk dikumpulkan di premis terbabit. Lembu-lembu berkenaan dipercayai untuk kegunaan tempatan dan berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kegiatan terbabit telah lama dijalankan di kawasan itu.

Like FB Maafsebut