Dentuman Bunga Api Tanda Berbuka Puasa Dan Sahur Unik Di Kuala Terengganu

Dari puncak Bukit Panorama di sini, Shafuan Shafie lazimnya dapat melihat ribuan penduduk Terengganu 'berkelah' di beberapa kawasan lapang sekitar pesisir pantai sementara menunggu bunyi dentuman bunga api yang menandakan masuknya waktu berbuka puasa pada bulan Ramadan. Namun pemandangan indah itu hanya tinggal kenangan dan ia tidak lagi kelihatan pada Ramadan kali ini berikutan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang mewajibkan rakyat Malaysia kekal berada di rumah. Penyelia piroteknik di syarikat swasta yang berusia 34 tahun itu mengakui perasannya tersentuh apabila melihat kawasan lapang seperti Dataran Syahbandar, kawasan lapang berhampiran jambatan angkat dan Dataran Batu Buruk kini sepi dan tidak lagi meriah seperti mana kelaziman sebelum ini. "Saya ada juga terbaca di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengenai luahan orang ramai bahawa mereka rindukan suasana itu untuk berbuka puasa berama...