Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ceritalah

Tukar Gambar Keluarga Dengan Lukisan Krayon Tanpa Disedari Keluarga

Imej
Pada zaman kini, manusia semakin leka dengan rutin harian dan diri sendiri sehingga mereka tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kesibukkan harian membuatkan kita mengabaikan perkara-perkara kecil dalam kehidupan, dan tidak menghargai apa yang kita ada. Seorang wanita membuktikan perkara ini apabila dia melakukan prank terhadap keluarganya di mana dia menukar gambar potrait yang menghiasi rumahnya dengan lukisan krayon. Currently replacing photos with crayon drawings. Taking bets on how many photos I can replace before my parents notice. #QuarantineActivities pic.twitter.com/uiosWlsRmo — Kristen Vogler (@krisvog) April 4, 2020 Kristen Vogler mendapat idea tersebut dari kisah seorang individu yang mengubah gambar keluarganya dengan gambar Nicolas Cage. Oleh kerana Kristen tidak mempunyai mesin pencetak untuk membuat prank yang sama, dia menggunakan sekotak krayon untuk melukis semula gambar keluarganya. After FaceTiming with my grandparents (th...

Miskin Itu Takdir Tapi Pengotor & Pemalas Itu Pilihan

Imej
Ada dikalangan kita ditakdirkan untuk hidup dalam keadaan miskin. Miskin itu bagi mereka bukan pilihan tetapi takdir. Mereka tidak malas bahkan mereka cukup rajin berusaha sehinggakan ada yang bekerja sehingga larut pagi ataupun sehingga ke awal pagi. Mereka ini pulak selalunya segan. Segan untuk meminta bantuan. Mereka lagi suka untuk berusaha sendiri daripada meminta-minta dari orang lain. Kerana itu kadang kala sukar untuk mengesan mereka. Ada dulu pernah sekali kenalan saya menceritakan ada satu keluarga kat taman perumahan yang didiami dari luaran nampak macam keluarga lain. Cerita sebenar hanya dapat diketahui setelah kenalan saya ini berkunjung ke rumah mereka. Mereka sebenarnya miskin namun tidak pernah lansung mengadu kepada orang lain atau meminta-minta. Selama ini mereka cekal mencari rezeki walaupun tak mencukupi. Lagi satu selain segan, mereka ini sebenarnya tak tahu diluar ada assistant dari kerajaan yang membolehkan mereka ini keluar dari kepompong kemiski...

Bahaya Anxiety Disorder Yang Ramai Tak Tahu

Imej
Perasaan stress adalah hal yang biasa terjadi pada seseorang yang bekerja office. Hal tersebut dapat disebabkan oleh terlalu banyak pekerjaan, mempunyai masalah dengan pihak atasan atau dengan keluarga, hingga kepada masalah kewangan. Perasaan stress yang terus terjadi pada seseorang dapat menyebabkan rasa depression dan juga anxiety disorder. Anxiety disorder dan depression adalah dua hal yang berbeza, meskipun terlihat sangat sama. Pada seseorang yang mengidap depression, ia akan merasakan putus asa dan marah. Selain itu, semangat pada diri jugak lemah dan akan merasa kelelahan dengan pekerjaan yang harus dilakukan setiap hari. Namun, anxiety disorder lebih berbahaya dibandingkan depression. Sebab, orang tersebut akan merasakan perasaan takut, panik, dan cemas pada situasi yang pada kebanyakan orang tidak akan menyebabkan hal tersebut. Pengidap anxiety disorder dapat merasakan serangan panik atau cemas secara mendadak tanpa ada suatu hal yang dapat mencetuskannya dan hal...

Selalu Dikecam Kat Media Social Menjadikan Saya Seorang Yang Tabah

Imej
Nih saya nak bagitau. Saya setiap hari dikecam,dikutuk dan dicarut kat media social. Itu terjadi adalah kerana saya adalah seorang admin kepada page facebook yang popular di pantai timur. Apa saja saya buat seolah-olah semua tak kena dikalangan netizen yang mengomen kat page Maafsebut. Semua benda hendak dikecam, dikutuk dan ada yang melampau pernah saya hadapi adalah dipanggil murtad. So macam mana saya hadapi semua itu ? Kecewa & sedih Time awal-awal page Maafsebut mulai popular dan makin ramai yang memberi komen, saya rasa kecewa dan sedih apabila ada yang mengecam terutamanya apabila apa yang saya post macam takde mengena lansung dengan apa yang hendak dikecam. Boleh dikatakan time ini, setiap hari saya nak berhenti terus dari dunia social media. Saya merasakan dah malas nak update apa-apa di Page Maafsebut kerana saya rasa seperti tak dihargai. Korang paham-pahamlah sendiri saya tak pernah mencarut tetiba ada yang mencarut kaw-kaw yang ditujukan kepada saya, c...

Brader Usahawan MARA Kat Machang Ini Mampu Jual Sate RM150K Sebulan !!

Imej
Kalau disebut Kedai Sate Kak Mah 3 kat Machang sape yang tak kenal ? Sate yang menggunakan resepi turun temurun ini cukup glamer di Kelantan. Kalau korang datang sini apabila kedai dibukak pada waktu petang, confirm akan sentiasa ramai sehinggalah kedai ditutup. Apa rahsia orang ramai nih ? Apa sebab Sate Kak Mah 3 nih sedap ? Menurut Yoe iaitu pemuda pemilik kedai sate sohor ini, sate yang dijual disini menjadi tumpuan kerana bahan perapan untuk sate itu adalah resepi dari datok neneknya sendiri. Sebab tu sate dan kuah kacang yang dijual kat kedai Yoe nih lain macam kesedapannya. Boleh ketagih dibuatnya. Kalau dulu datok neneknya hanya jual sate kat gerai kecik, kemudiannya disambung oleh ibu ayah kepada Yoe, dibawah Yoe, Yoe mahukan perbezaan. Yoe memberanikan diri mengambil risiko membuka kedai sate. Dan risiko yang diambil oleh Yoe paid off apabila kedai sate beliau mendapat sambutan. Cita-cita Yoe Yoe ini seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau taknak sate...

5 Jenis Kawan Yang Boleh Diajak Travel Bersama !!

Imej
Pergi melancong ke mana-mana bersama member 1 kepala memang best. Tapi ianya jadi tak best kalau member korang tu membawa masalah kepada korang. Yang jenis janji nak gi melancong tapi bila sampai masa tak jadi tu pun kena jauhkan jugak. So untuk memastikan pelancongan korang tu menjadi memori indah bersama, pilihlah kawan yang jenis berikut: Food Hunter : Pasti ada antara rakan korang yang food hunter. Ajaklah mereka kerana perjalanan korang akan menjadi lebih mudah kerana mereka sudah pasti ada beribu list makanan untuk makanan viral dan sedap di setiap lokasi yang korang tuju. Pasta di Jepun? Sushi di Morocco? Nasi lemak di Lake Baikal? You name it, you will get it. Everything just in my pockets *flips shawl* Instagram Photographer : Rakan yang pakar dalam fotografi juga memudahkan korang dan pastinya korang tak perlu memikirkan angle mana yang nampak cantik atau nampak kurus kerana rakan korang boleh menyelesaikan masalah korang dengan skil mereka mengedit gambar. Jad...

Ustaz Ebit Lew Sedih Tengok Anak Muda Membanjiri Kelab Malam

Imej
"Menangis Je," itu antara luahan pendakwah dan penceramah motivasi tidak asing lagi, Ustaz Ebit Lew yang sering berkongsi aktiviti dakwah jalanannya dan juga kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Namun perkongsian Ebit, 35 yang terkenal dengan tagline 'ALLAH Sayang' kali ini sangat merumtum jiwa bukan sahaja kepada ustaz sendiri tetapi para warganet. Malam tadi dia meneruskan aktiviti dakwahnya seperti biasa, tetapi kali ini berbeza kerana memilih kelab malam sebagai lokasi. Sedia maklum, kelab malam adalah tempat hiburan bagi anak-anak remaja tidak kira bangsa dan agama untuk menari, mendengar muzik dan meminum air nikmat dunia (arak). Di dalam kelab malam akan di sediakan dengan minuman keras yang berharga sehingga mencecah ribuan ringgit. Katanya, dia berasa sebak, sedih dan sayu di hati apabila pergi berdakwah di kelab malam semalam kerana di situ penuh sesak dengan anak muda yang pastinya beragama Islam sedang beratur da...

Gambar Spender Dapat 40000 Like !! Hentikan Kegilaan Ini

Imej
Kita di era yang teramat tenat. Apabila seluar dalam mendapat lebih 40 ribu likes dan apabila kita mula menilai orang dengan harga stroller anak. Amat menyedihkan. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Sejak bila kita jadi seteruk ini? Sejak bila kita mengangkat tinggi mentaliti yang buruk ini? Dari dahulu saya cuba sedaya upaya untuk mengambil yang positif dari orang-orang yang menunjukkan kemewahan seperti ini. Saya tukar pandangan, saya tapis segala bentuk riak mereka untuk mendapatkan teladan dari apa yang mereka lakukan. Tetapi semakin lama semakin kabur. Semakin saya mencuba, semakin saya dilemaskan dengan kemegahan dan nafas kuat kebanggaan mereka. Bukan saya tak ambil yang baik dan abaikan yang buruk. Saya faham manusia diciptakan berbeza-beza. Setiap manusia itu unik, ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi kenapa kita mesti mengangkat mentaliti ini? Kenapa kita perlu LIKE dan menjadikannya normal serta diterima ramai? Bukan sebab iri hati. Tolong la faham. I...

Konfesi : Kawan Baik Aku Sebenarnya Seekor Dajjal

Imej
Semalam saya mendapat 1 kiriman di FB Maafsebut dari seorang pemuda yang saya rahsiakan namanya. Dia mahu saya kongsikan kisahnya berkenaan somebody yang rapat dengannya tetapi sebenarnya amat jahat dibelakang !! Dia berharap kisahnya ini akan menjadi ikhtibar kepada sesiapa sahaja yang membacanya dan jangan percaya bulat-bulat kat someone even kita kenal rapat. Kawan Baik Aku Sebenarnya Seekor Dajjal Korang pernah tak kena buatan orang ? Macam mana pulak kalau yang sihir korang tu adalah seorang yang cukup rapat dengan korang ? Kisahnya bermula begini. Aku dengan si A nih kenal sudah lama, time zaman universiti lagi. Kiranya aku dan si A nih memang kawan baiklah. Susah senang pun bersama. Time dia susah aku tolong, time aku susah dia tolong. Jika terjadi apa-apa kat diri masing-masing, kitaorang akan backup cepat. Rapatnya kitaorang sampai boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. Lepas habis belajar, kitorang berazam untuk bekerja dalam satu syarikat yang sama. Kera...

Asal Usul Oktoberfest Yang Wajib Anda Tahu

Imej
Penganjuran Oktoberfest 2018 secara besar-besaran di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak, yang dijangka bermula hari ini telah mendapat bantahan dari masyrakat. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penganjuran itu yang disifatkan sebagai satu festival yang mendatangkan kesan buruk kepada imej negara. Namun, apakah sebenarnya festival yang digelar sebgai oktoberfest ini? Untuk mengetahuinya kita perlu menyingkap sejarah asal-usul festival ini. Dan ini sorotan ringkas mengenai sejarah oktoberfest. Oktoberfest asalnya cuma majlis kenduri kahwin Ia bermula pada tarikh 12 Oktober dalam tahun 1810, telah berlangsung buat pertama kalinya apa yang digelar Oktoberfest. Segalanya bermula apabila kerabat diraja Bavaria telah menjemput seluruh penduduk Kota Munich untuk hadir ke pesta rakyat sempena meraikan perkahwinan antara Putera Mahkota Ludwig dengan Puteri Therese. Negeri Bavaria ini terletak di sebelah t...

Pekerjaan Yang Tak Memerlukan Degree Namun Menawarkan Gaji Tinggi

Imej
Kalau korang takde degree tu janganlah sedih-sedih pulak. Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak kerja yang offer gaji tinggi tanpa memerlukan korang ade degree pun, hanya cukup sekadar ada diploma, sijil kemahiran ataupun setaraf. Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh US Bureau of Labor Statistics, terdapat 40 jenis pekerjaan dengan gaji tinggi tanpa memerlukan anda menghabiskan masa 3 ke 4 tahun untuk mendapatkan degree. 1. Juruteknik Operasi & Kejuruteraan Aeroangkasa (Gaji Median USD 68020) NASA Goddard Space Flight Center/flickr 2. Magnetic-resonance-imaging technologists (Gaji Median USD 68420) Reuters/Stephen Hird 3. Diagnostic medical sonographers (Gaji Median USD 69650)   Robert Couse-Baker/flickr 4. Jurutera Kapal (Gaji Median USD 70570) US Coast Guard 5. Postmasters Dan Penguasa Mel (Gaji Median USD 71670) Paul De Los Reyes/Flickr 6. Inspektor Pengangkutan (Gaji Median USD 72220) Larry W....

Dulu Kerja Gaji RM1,600, Nak Dapat Gaji RM3,000 Bukan Senang

Imej
Rezeki Allah tu luas. Bak kata suami aku, sabar sayang. Ini baru permulaan, kita boleh pergi jauh. Aku ada Diploma Kejuruteraan dan suami aku ada Diploma Perniagaan. Masing-masing boleh mencari kerja kalau mahu. Aku pernah kerja di pejabat pada tahun 2014, bahagian Sumber Manusia, gaji permulaan RM1,600 di Perlis tanpa sebarang pengalaman kerja. Aku pernah kerja jadi juruteknik kilang besar di Pulau Pinang, kalau aku sebut nama kilang ini, mesti orang akan kata gaji besar sebab kerja di kilang itu. Kadang-kadang OT boleh pergi RM3,000 sebulan gaji waktu itu. Ini cerita tahun 2014 dulu. Aku pernah buka butik, tetapi kongsi dengan kawan aku. Sekarang sudah buka dua buah cawangan lain. Sekarang ini, siapa yang makan gaji, ada diploma mahu dapat gaji RM3,000 pun susah weh. Struggle gila-gila buat dua tiga kerja. Tetapi ini semua ikut rezeki masing-masing. Kalau dah dapat rezeki dengan syarikat yang elok, maka eloklah gaji dia. Sebab itu selepas berkahwin, aku sudah mal...

Like FB Maafsebut