PENARIK BECA KELANTAN

Penarik beca atau dipanggil drebar teksi sudah sinonim dengan negeri Kelantan. Seakan sudah menjadi satu identiti terutamanya di bandar kota bharu. Dulu, ianya amat popular dan drebar teksi boleh dilihat dimana sahaja mengerah keringat mengayuh roda menghantar penumpang kedestinasi dituju. Popular dikalangan peraih. Seawal pagi dipasar khatijah, senang untuk dilihat sang peraih, kebanyakannya perempuan, memunggah barang dari teksi untuk dijual dipasar.



Tapi itu adalah cerita lama. Sekarang, kelibat drebar teksi sukar untuk dilihat. Yang ada pun sudah tua, mengayuh teksi yang dirasakan semakin berat untuk keringat tua, menanti masa untuk pencen dari kerjaya tradisional. Ramai komentar ini lebih suka memandu sendiri ataupun menaiki bas ataupun kereta sewa yang berhawa dingin dan lebih cepat sampai. Sudah tentu drebar teksi tidak mampu untuk bersaing. Dengan pendapatan tidak seberapa ditambah dengan saingan pengangkutan awam lain, ianya bukan pilihan kaum muda. Sang drebar teksi terus menganyuh dan mengayuh selagi keringat tuanya masih gagah tanpa mempedulikan masa depan yang makin kelam...aduhai

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan