Masuk University

Tersenyum penulis melihat adik-adik sibuk mengisi borang kemasukan ke IPT selepas keputusan SPM diumumkan baru-baru ini. Sebab penulis sendiri pernah mengalami pengalaman yang sama. Keputusan SPM yang tak secemerlang pelajar cemerlang tidak membataskan penulis mencari option yang ada di Malaysia (oversea option out of head lah. Apply pun confirm tak lepas dengan keputusan SPM penulis yang cukup bernafas ). Tak kisahlah diploma ke, sijil atau matrikulasi. Semua penulis isi dengan teliti. Dek teliti yang amat, entah berapa borang penulis asyik silap. Membazir sungguh. Dulu tak secanggih zaman sekarang, semua diisi online dah selesai. Kami dulu kena isi borang secara online lepas tu kena pula isi yang di atas kertas dan poskan ke alamat yang berkenaan. Alih-alih ada juga rezeki untuk penulis. Tiga tawaran penulis dapat. Seronok sungguh, akhirnya dapatlah merasa menjejakkan kaki lebih tinggi walaupun tak setinggi awan ( oversea ).

Bila surat tawaran dah dibalas, preparation untuk ke IPT perlu dibuat segera. Apa yang perlu nanti dibeli awal-awal dan ibu penulis sentiasa mengingatkan penulis apa lagi keperluan yang kurang, mana tahu takut nanti terlupa. Masa pantas berlalu. Rasa seronok digantikan dengan perasan yang susah nak cakap ( penulis hilang selera bila memikirkan waktu nak berangkat semakin dekat ). Tambahan pula bila melihat logo universiti di gerbang masuk. Rasa macam tak percaya masa akan ditinggalkan family akan tiba jua. Penulis lansung tak kenal sesiapa masa hari pertama minggu orientasi. Beruntung sungguh kawan-kawan lain yang dapat belajar bersama di kolej matrikulasi. Menyesal pula rasa penulis tapi kena move forward. Mana boleh rewind masa lepas. Rasa malu menebal dalam badan dek malu kerana dialek Kelantan yang pekat walaupun cuba-cuba bercakap seperti biasa. Bila orang lain dah mula befriended dengan yang lain, penulis masih seorang diri. Malam-malam nak tidur, sebak terasa kerana teringat keluarga di kampong. Ini kes home sick pertama yang dirasai penulis.Bila minggu orientasi habis tu baru betul-betul dapat ice breaking dengan kawan serumah. Serba-sedikit dapat kurangkan home sick penulis. Sedikit demi sedikit kawan makin bertambah dan makin happylah penulis. Sebab merekalah keluarga penulis di sini. Tempat mengadu dan gembira. Dan penulis dapat membiasakan diri dengan system pembelajaran yang berlainan dari zaman sekolah dulu. Penulis juga pastikan sentiasa datang awal untuk duduk di depan. Nak dapat berkat air liur lecturer.

Semua selepas itu menjadi satu pengalaman dan kenangan pahit manis yang amat berharga. Hidup dan belajar di perantauan walaupun tak sejauh atas angin banyak mengajar penulis menguruskan diri sendiri, belajar berdikari. Bila zaman sekolah lebih kepada spoon feed method, ada ibu bapa yang mengambil berat pasal kita, di sini, semuanya atas diri kita. Tiada cikgu yang mahu berleter atau memaksa kita membuat homework ataupun hadir ke kelas. Everything is up to you. You get a great freedom that never be tasted. Jika rasa nak berjaya di hari muka buatlah cara nak berjaya.takut-takut nanti menangis di kemudian hari. Bila nasi dah jadi bubur dah tak boleh buat apa dah. Bukan sedikit penulis melihat rakan seperjuangan yang terkandas di tengah jalan dek kemaruk dengan kebebasan yang diperoleh. Dulu tak kenal disko, sekarang dah kenal. Dulu menutup aurat, sekarang bangga menunjuk susuk tubuh. Dulu rajin solat, sekarang dah acuh tak acuh. Penulis tak dapat bayangkan kalau mereka belajar di luar negara. Kalau dalam Negara pun senang terpengaruh, entah macam mana perangai mereka di luar negara. Baru penulis faham dengan sindiran our citizen is more English than English people, more Germany than Germany themselves. Tapi kalau niat betul dan tetap dengan mana asal usul kita, insyaallah itulah kita. Masih dikenali walaupun bertahun di tempat orang.

Itulah sedikit celoteh dari penulis. Apa-apa pun penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik yang berjaya mendapat tempat di matrikulasi, universiti, luar negara dan mana-mana institusi sekali pun. Good luck !

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu