Padang Bas

Sebelum hendak berbaque, perkara yang paling penting adalah kena hidupkan api sehingga arang bertukar menjadi bara merah. Asap berkepul-kepul, sesak nafas penulis. Bukannya penulis mahu mengajar memasak tapi mahu berkongsi sikit pasal bau dari asap arang. Baunya unik dan tak silap penulis, bau yang signifikan dengan kedai kopi masa dahulu. Agaknya mereka memanaskan air menggunakan arang bukan gas macam zaman sekarang.

Entah kenapa bau arang berasap ni mengingatkan penulis tentang sebuah tempat yang amat famous di Kota Bharu suatu ketika dahulu. Tempat dimana ‘sengebo mokniko ado’ atau macam-macam ada. Mana lagi kalau bukan Padang Bas. Tempat dimana KBTC Mall gah berdiri sekarang. Kalau diceritakan pada generasi baru mungkin mereka tak  berapa kenal tapi agak-agak sebaya ataupun muda sikit ataupun orang lama dari penulis tentu tersenyum bila disebut Padang Bas. Kira tempat ni macam open shopping kompleks lah bagi kami, penduduk Kota Bharu. Dulu mana ada shopping mall semoden sekarang.

Seingat penulis, sebelum adanya deretan kedai depan pasar siti Khadijah dan depan Pasaraya Pantai Timur serta KBTC Mall sekarang, ianya sebuah tempat terbuka. Siangnya tempat parking kereta, malamnya pasar terbuka. Penulis masih ingat tempat McDonalds sekarang ada sebuah kedai kopi dan disebelahnya ada sebatang pokok yang boleh tahan tua usianya. Penulis biasa mengikut ayah minum di sini masa zaman budak-budak dulu sambil menunggu ibu dan kakak membeli di pasar lama MPKB. Masa paling seronok adalah waktu lewat petang kerana pada waktu inilah peniaga-peniaga Padang Bas beramai-ramai menolak gerai mereka untuk ke tempat mereka berniaga. Seronok sangat. Seolah-olah penulis melihat daily parade pula. Malam berlabuh, suasana mula berubah. Disinari cahaya neon, orang ramai takdelah bersesak-sesak pun tapi sibuk memilih apa yang mereka nak beli. Padang Bas bagi penulis adalah street food haven. Cakap je nak makan makanan apa, pulut sotong, mandi puteri, murtabak, nasi? Nak lauk apa.fuhh, boleh pening dibuatnya. Terlalu banyak sangat pilihan. Kat sini memang confirm semua ada. Ditambah bila Ramadan menjelang, Padang Bas bertambah saiznya dan bertambah sibuk, tambahan pula bila nak dekat nak 1 syawal. Peniaga bersaing satu sama lain melelong barangan mereka kadang-kadang sampai harga lelong dah jadi tak logic. Walaupun jalan ditutup untuk memberi laluan kepada Dataran MPKB ( merosotkan perniagaan dan sarang maksiat pada malamnya ), kehebatan Padang Bas tidak tercalar.

Tapi segalanya berubah bila Padang Bas ditutup untuk memberi laluan kepada pembinaan shopping kompleks. Hilang sudah seri Kota Bharu dan hot spot untuk pelancong. Sebahagian peniaga berpindah ke belakang sekolah Muhammadi Perempuan dan yang lain berniaga di depan Pasar Siti Khadijah. Padang Bas memang tidak boleh diganti. Membeli di belakang sekolah Muhammdi Perempuan tidak seseronok seperti di Padang Bas. Serinya sudah tiada, keunikan Padang Bas tiada disini. Hal ini membuatkan penulis berfikir kenapalah kerajaan sanggup mengorbankan satu tempat yang seperti Padang Bas. tak bolehkah shopping kompleks terbabit dibina ditempat lain ? Rasanya banyak lagi tanah kosong yang boleh dibangunkan di Kota Bharu. Lagipun sekarang memarkir kereta di KBTC Mall semacam mimpi ngeri dan didalamnya pun agak sempit.

Aduhh.Melaluk jauh penulis, daging yang dibakar hampir hangus la pula.

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu