Senyum Mencuka

Selasa lepas hari cuti umum. Jadi, penulis mengambil kesempatan hari cuti ni untuk window shopping di shopping mall paling terkenal di Kelantan. Pandai-pandailah agak di mana. Rasanya semua kelatenese tahu. Masya allah manusia. Ramai sungguh. Ingatkan penulis seorang je yang cuti hari ni. Dah penat berjalan, perut ni rasa lapar pula. Nak singgah di KFC, Mc Donalds atau fast food chains lain pelanggan penuh macam sardine. Perut ni bukan lapar sangat, jadi, penulis singgah di sebuah kedai bakery untuk alas perut. Puas mengsurvey apa yang sedap, penulis ambil trail dan pengepit. 2 biji roti yang nampak sedap dan menarik diambil. Dah habis memilih, masa untuk membanyar. Sebagai citizen dengan 1st class mentality ( puji diri sendiri ), penulis tak rasa susah untuk beratur. Sampai giliran penulis, trail letak atas kaunter. Yang jadi tak sedapnya bila penjual tu senyum pun tidak. Masam mencuka je penulis tengok. Kita kena sangka baik, mungkin seharian penat bekerja kot. Dah mengira detik nak habis kerja. Eh, mana beg plastic ? takkan penulis nak bawa balik dengan trail. Jadi penulis minta lah plastic. Malas jea dia ambil dan masukkan roti2 kedalam plastic lalu dihulur pada penulis dengan muka selamba. Emm..ini kali terakhir penulis membeli kat sini mungkin.
Customer is always right and a king. Jadi, kami menjangkakan layanan terbest dari pihak yang menjual. Agak-agaknya nak pergi tak ke kedai dimana pekerjanya macam nak marah dengan senyum pun tiada bersama tangan memeluk tubuh. Kita pun rasa tak selesa. Rasa macam kita ni pula menyusahkan mereka. Apa agaknya sikap yang perlu ada pada peniaga. Paling kurang senyum dan bertanya jika boleh membantu. Mungkin customer yang datang hanya setakat melihat tapi perlu diingat every customer has potential to buy. Mana tahu pelanggan terbabit datang untuk survey dahulu macam penulis sendiri. Survey dulu apa yang hendak dibeli seberapa banyak kedai dan pilih yang terbaik dan harga berpatutan. Kadang-kadang bukan sebab produk bagus sangat tapi yang membuatkan kita memang nak beli kerana sikap peniaga yang helpfull itu sendiri.
Pernah dengar Klinik Gigi Mama ? Kalau anda tinggal di kota bharu dan sentiasa memandu di jalan menuju Bangunan Persekutuan, sudah tentu anda akan perasan dengan bangunan warna putih. Pertama kali penulis berkunjung ke klinik gigi ni lebih kurang 2 tahun lepas. Dia punya layanan memang terbaik. Rasa takut nak cabut gigi hilang sedikit kerana doctor gigi tu ramah berbicara. Dia turut menasihati penulis tentang penjagaan gigi dan siap tunjuk gambar sekali. Dan bermulalah advertising from mouth to mouth. Sudah tentu penulis akan mengrekomen klinik gigi ni pada rakan dan saudara mara. Klinik gigi ni memang sentiasa fully booked. . Itulah kuasa tersirat kalau sentiasa memberi layanan terbaik kepada pelanggan. Bila pelanggan suka, dia akan sentiasa memilih kedai terbabit dan turut mengrekomen pada orang lain.

Reminder to readers...lain kali pilihlah kedai yang mesra pelanggan. Tak payah membazir wang anda di kedai yang tak mesra pada pelanggan. Sebab kita tak rugi apa-apa pun malah peniaga terbabit yang akan kerugian. Let’s them know we as kings should deserve 1st class treatment.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu