Ceritera Smart Phone


Sebut saja iphone 4, Galaxy S, Blackberry, LG dan entah apa lagi jenis smart phone di alam maya ni, boleh kata semua nak satu, dapat yang cikai pun tak apa, asalkan namanya dipanggil smartphone. Boleh kata kebanyakkan kawan aku ada sebijik smartphone. Biasalah follow trend terkini. Orang lain ada, kita kena ada, kalau tak tak uptodate la kita. Aku ? Aku dengan setianya memakai handphone Nokia lama yang tak secanggih smart phone baru. Ramai juga kawan yang tanya bila nak tukar phone, bukannya aku taknak tukar tapi memang takde hati nak tukar. Pertamanya telefon yang aku pakai sekarang masih elok walaupun connection untuk earphone dah lama takleh pakai. Keduanya, aku bukannya bisnes men yang memerlukan aku 24 jam kena ada internet untuk check email kontrak masuk juta-juta. Ketiga, aku pakai phone untuk call dan sms semata-mata. Yang paling last, harga smartphone tu sendiri, mahalnya mengalahkan sebijik laptop dan salvage value bukannya naik tapi berkurang dengan masa. Kalau alasan nak guna internet, aku tak rasa lah nak guna setiap masa kalau setakat nak update facebook dan twitter. Masa kerja mana sempat nak layan 2 benda alah tu. Aku juga rasa membazir kerana di rumah pun dah ada internet, laptop pun dah ada broadband, aku rasa tak perlulah di telefon pun kena ada. Bolehlah jimat sikit dari membayar bil bulan-bulan. Kalau nak sangat smart phone pastikan yang boleh diconnect di laptop untuk melayari internet. Secara automatik, smartphone juga berfungsi sebagai broadband. Jadi bolehlah potong talian internet dan broadband dirumah. Cuba fikir banyak mana boleh jimat.

Passion aku bukan kat smartphone yang canggih tapi pada photo. Sekarang pun aku tengah jimat dan simpan duit sikit-sikit untuk membeli kamera yang lebih ideal. Kamera yang aku ada dah nak dekat 5 tahun aku pakai. Ianya tetap elok walaupun mamat yang jual 5 tahun lepas bagitahu aku paling lama pun boleh tahan 3 tahun. Berbaloi rasanya dengan sifat kedekut aku tak nak kasi pinjam kepada orang lain dan cara penggunaan yang cukup berhati-hati. 2000 ringgit duit biasiswa aku hangus untuk beli kamera ni masa tu. Tapi takpe berbaloi. Rasa puas yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata bila gambar yang diambil cukup lawa dan mempunyai makna yang tersendiri. Apatah lagi kalau dapat dikongsi dengan orang lain.

Lagi satu aku minat sangan kat buku. Kalau orang lain baca komik dan majalah ringan-ringan, aku pula suka baca yang berat-berat dan serius. Majalah dan surat khabar bisnes aku beli, buku sains, sejarah, motivasi, agama turut aku beli. Dan aku tak rasa membazir membayar buku seratus ringgit dari membeli baju dengan harga sama. Tapi sayang sekali, tulisan dalam bahasa melayu kurang sekali kalau melibatkan hal, tajuk dan isu yang berat-berat dan serius. Kebanyakkannya lebih pada yang ringan-ringan seperti contohnya buku novel dan berapa kerat buku motivasi. Rasa lain sekali membaca dalam bahasa enggeris dibandingkan dengan bahasa melayu kerana ianya lebih detail. Tak boleh nak salahkan penerbit kerana kita sendiri yang tak gemar membaca melainkan politik, isu sensasi dan artis.Eh?? Kenapa aku melalut pasal buku pula nie.Sebagai penutup bicara, ada smartphone tak salah kerana pandangan kita dengan orang lain berbeza. Ada yang rasa berbaloi dan rugi kalau tak pakai dan ada juga yang rasa tak perlu dan membazir untuk beli.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu